My Team U-20 dilihat mampu ‘gigit’ pasukan yang lebih berpengalaman
Royston yakin skuadnya kekal bersaing di liga utama tahun hadapan
MUKAH: Walaupun rataratanya dibarisi anak muda berusia 16 hingga 18 tahun, pasukan My Team U-20 dilihat mampu ‘menggigit’ pasukan lebih berpengalaman.
Perlawanan pertama mereka menentang IPD-M FC pada 1 Ogos lalu pada kancah Liga Setia Raja Mukah (LSRM)-Lea Sport Centre (LSC) 2017, kemenangan 2-1 dilihat sebagai satu permulaan baik bagi pasukan berkenaan.
“Kita hanya menyasarkan untuk kekal bersaing dalam liga utama sehingga tahun hadapan,” kata Pengurus My Team U-20 Roystone Valentine kepada Utusan Borneo kelmarin.
Pihaknya juga sebelumnya membuat penanda aras dengan kemampuan pasukan berkenaan untuk bersaing menduduki tangga lima teratas liga.
Bagaimanapun, beliau menyifatkan sasaran itu masih terlalu awal kerana liga masih berada di peringkat awal dan perjalanan masih lagi panjang.
Royston tidak menafikan berdasarkan kredibiliti jurulatih serta sistem latihan berserta pemain yang ada adalah tidak mustahil pasukan berkenaan dapat melaksanakan sasaran terbaik pada tahun ini.
“Mereka (pemain) muda lagi, mereka kumpul pengalaman bermain tiga h hingga lima tahun lagi dan saya yakin setelah itu merekamerek akan
Kita hanya menyasarkan untuk kekal bersaing dalam liga utama sehingga tahun hadapan. Roystone Valentine Pengurus My Team U-20
mampu bersaing ke peringkat lebih tinggi,” jelasnya.
Ini kerana pihaknya bukan hanya mahukan pasukan yang mantap, malah membentuk pemain berkualiti serta mampu mewakili Sarawak atau Malaysia suatu hari nanti.
Bukan sahaja itu, khidmat jurulatih daripada bekas pemain Sarawak berpengala- man iaitu Jamal Wasli dan Rosli Akup dalam membimbing pasukan My Team U-20 juga salah satu faktor penentu kejayaan pasukan.
Perlawanan kedua My Team U-20 bakal diadakan pada 6 Ogos 2017 bertemu Landas di Padang Mesra MDDM Mukah, jam 4 petang.
Sementara itu, LSRM- LSC 2017 disertai lapan pasukan iaitu Tellian TujuNokala, PMS FC, Daro FC, Sarawak Coal Recources, My Team U20, IPDM FC, MPG United dan Landas.
Perlawanan pertama berlangsung pada 30 Julai 2017 di mana PMS FC telah menewaskan Tellian Tujonokala dengan jaringan 1-0.
P e r l a w a n a n k e d u a menyaksikan Daro FC menewaskan Sarawak Coal Resources 2-1 pada 31 Julai 2017.
Petang kelmarin, upacara sepak muka kejohanan turut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Balingian Abdul Yaakub Arbi sebelum perlawanan antara My Team U-20 dan IPD-M FC.
Turut hadir Presiden Persatuan Bolasepak Bahagian Mukah (MuFA) Nawabdeen Syed Ahmad, Timbalan Presiden Sarjan Ajahar Bakar dan Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau.