K’jaan usaha beri khidmat terbaik kepada masyarakat
Beri sokongan agar transformasi luar bandar direalisasi
KABONG: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Mohd Chee Kadir.
Menurut beliau, kepimpinan BN fokus dengan usaha menyalurkan pembangunan kepada rakyatnya, tidak mengira di mana mereka berada.
“Masyarakat harus memberikan sokongan padu terhadap program transformasi luar bandar yang sedang giat dijalankan oleh kerajaan pada masa kini.
“Sudah menjadi impian kerajaan untuk memberikan kemakmuran kepada seluruh
Sudah menjadi impian kerajaan untuk memberikan kemakmuran kepada seluruh rakyat dan tidak sama sekali ingin melihat mereka terpinggir daripada usaha murni berkenaan.
rakyat dan tidak sama sekali ingin melihat mereka terpinggir daripada usaha murni berkenaan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Nunung Menggeris di sini, semalam.
Pada majlis itu, sejumlah RM100,000 peruntukan disalur kepada penduduk Rumah Nunung Menggeris melalui Projek Mesra Rakyat (PMR).
Bantuan itu disalurkan berikutan penduduk rumah panjang terbabit ditimpa musibah kebakaran yang berlaku pada 25 Oktober 2015.
Akibat tragedi tersebut, penduduk rumah panjang tinggal sehelai sepinggang.
Pada majlis sama, beliau turut merasmikan bangunan Taman Bimbangan KanakKanak (TBK) KEMAS Ru- mah Nunong seterusnya menyumbang satu set generator bagi kegunaan TBK KEMAS terbabit.
Mohd Chee berkata, rakyat perlu terus memberikan sokongan kepada kerajaan bagi memastikan pembangunan berterusan dan tidak terkebelakang seperti pernah dialami negara ketika sebelum merdeka.
Tambahnya lagi, kerjasama antara rakyat dan kerajaan mesti erat dalam memastikan setiap pembangunan yang telah dirancang berjalan dengan lancar dan menepati matlamat utama pembinaannya.
Turut hadir ialah Pegawai Daerah Kabong Kamaludin Alkap, ketua-ketua masyarakat dan penduduk setempat.
Mohd Chee Kadir ADUN Kabong