Miri perlu pusat jantung untuk menampung rawatan kardiologi
MIRI: Bandar raya Miri memerlukan pusat rawatan jantung untuk mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada Hospital Miri.
ADUN Pujut, Dr Ting Tiong Choon berkata, kemudahan rawatan kardiologi di Hospital Miri masih belum mencukupi menampung permintaan meningkat pesakit khasnya dari utara Sarawak.
“Kita berharap untuk memiliki pusat rawatan jantung kita sendiri tidak lama lagi. Sekarang kita amat memerlukan pusat jantung yang bagus,” jelasnya semalam.
M e l i h a t k e p a d a kepentingan kesihatan jantung dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penjagaan kesihatan, Parti Tindakan Demokratik ( DAP) menganjurkan bicara kesihatan jantung pada bulan depan secara percuma untuk penduduk Miri.
Ting memberitahu, parti menjemput pakar kardiologi intervensi, Dr Tang Sie Hing dari Kuching untuk mengendalikan aktiviti ini diadakan pada bulan depan.
Bicara dikenali ‘ Let’s Talk About Heart’ akan diadakan di Hotel Imperial Palace pada 9 dan 10 September ini menyasarkan kehadiran 250 orang.
Dua topik bakal dibentangkan ialah ‘ Men- gapa Bersenam Boleh Menyebabkan Kematian’ dan ‘ Mengapa Jangkitan Jantung Boleh Menyebabkan Strok.’
“Ini kali pertama kita anjur ceramah kesihatan ini. Tiada bayaran kemasukan dikenakan, “katanya di sini semalam
Aktiviti hari pertama akan diadakan bermula jam 7 malam sementara hari kedua bermula jam 2 petang.
Sesi soal jawab juga dikendalikan dalam bicara yang akan mengambil tempoh masa 2 jam.
“Objektif utama kita ialah untuk menyedarkan masyarakat mengenai pentingnya penjagaan kesihatan diri,” jelas Ting.