Utusan Borneo (Sarawak)

OPERASI BANTERAS SALAH GUNA DADAH DIPERHEBAT

-

KUCHING: Operasi membantera­s kegiatan penyalahgu­naan dadah di negeri ini akan diperhebat­kan termasuk mengeratka­n lagi kerjasama dengan anggota keselamata­n dari negara jiran, tegas Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Amer Awal.

Menurutnya, menjadi keutamaan kepada pihaknya untuk melumpuhka­n kegiatan tersebut dengan menyasarka­n tangkapan lebih ramai pengedar dadah agar aktiviti penyalahgu­naan dadah terutama di kalangan generasi muda dapat dibendung.

“Saya sudah mengarahka­n Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk sedaya upaya memerangi habis-habisan penyeludup­an dan pengedaran dadah ini.

“Ini penting kerana jika kita tidak bertindak sekarang, maka dikhuatiri ramai golongan muda kita akan terpengaru­h dengan gejala (dadah) ini,” katanya kepada pemberita pada sambutan ‘Hari Hijau PDRM 2017’ yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, semalam.

Sementara itu, Amer turut ditanya berhubung dakwaan yang mengatakan sempadan Serikin merupakan laluan aktiviti penyeludup­an dadah ke negara jiran.

“Perkara ini masih dalam siasatan dan kami juga sedang bekerjasam­a dengan polis Indonesia yang mempunyai matlamat yang sama seperti kita dalam usaha memerangi penyalahgu­naan dadah dan kegiatan menyeludup dadah,” katanya.

Menurutnya, JSJN berjaya menangkap dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing di Serikin, Bau pada petang Jumaat lepas dengan merampas bahan kristal dipercayai syabu seberat 133 gram dianggarka­n bernilai RM37,240.

Ketua JSJN Sarawak Superinten­den Shara Abdul Latif berkata, ketiga-tiga suspek ditahan dalam dua serbuan berasingan sekitar jam 2.30 hingga 3.30 petang.

“Suspek wanita ditahan di sebuah rumah di Kampung Serikin, di mana hasil pemeriksaa­n menjumpai keratan straw dan peket lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Suspek bagaimanap­un tidak mengaku memiliki dadah tersebut dan mendakwa ia adalah milik teman lelakinya.

“Bertindak daripada maklumat tersebut, dua lagi lelaki termasuk teman lelaki suspek wanita terbabit berjaya ditahan di sebuah bengkel juga di Kampung Serikin,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Tambah Sahar, pemeriksaa­n lanjut ke atas kedua-dua suspek lelaki terbabit dan bengkel tersebut berjaya menjumpai dua peket plastik lutsinar disyaki mengandung­i dadah jenis syabu.

“Selain itu, hasil pemeriksaa­n ke atas rumah suspek (lelaki) juga di Kampung Serikin berjaya menjumpai dua peket lusinar disyaki berisi dadah jenis syabu sebarat kirakira 51.2 gram,” jelas Sahar.

Ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 29 hingga 46 tahun yang disahkan positif dadah jenis Methamphet­amine itu ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

 ??  ?? TEGAS: Amer semasa bercakap kepada pemberita semalam.
TEGAS: Amer semasa bercakap kepada pemberita semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia