Utusan Borneo (Sarawak)

Kepercayaa­n penuh tangani wabak rabies

JPBN telah berjaya mengendali­kan wabak tersebut dengan berkesan setakat ini: Tiong

- Oleh Judan Bungap

Kita yakin jawatankua­sa diketuai Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah melakukan langkah pencegahan dan menangani wabak rabies dengan berkesan.

SIBU: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) diberi kepercayaa­n penuh dalam usaha menangani wabak rabies di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King berkata, kerajaan negeri melalui jawatankua­sa itu telah mengendali­kan wabak tersebut dengan berkesan setakat ini.

“Kita yakin jawatankua­sa diketuai Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah melakukan langkah pencegahan dan menangani wabak rabies dengan berkesan.

“Keyakinan ini juga perlu ada pada masyarakat di Sibu walaupun bahagian ini bebas wabak rabies,” katanya pada Program Kesedaran Penyakit Rabies di sini semalam.

Turut hadir Residen Bahagian Sibu merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Bencana Bahagian Sibu Hii Chang Kee, Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Muhammad Rais

Datuk Tiong Thai King ADUN Dudong

Abdullah, Pengarah Hospital Sibu, Dr Ngian Hie Ung serta yang lain.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) itu berkata, sebagai langkah awal pihaknya pada Julai lalu ber- jaya menangkap sebanyak 180 anjing liar.

Katanya, usaha tersebut akan diteruskan bagi memastikan jumlah anjing liar di bandar ini dapat dikurangka­n.

“Masyarakat juga perlu menjaga anjing peliharaan dan memastikan­nya tidak berkeliara­n bebas di kawasan kejiranan untuk mengelak kes gigitan anjing.

“Pastikan anjing peliharaan sentiasa berada di kawasan rumah setiap masa,” tambahnya.

Mengenai program itu, beliau berkata program tersebut amat bersesuaia­n mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penyakit rabies.

Katanya, pengetahua­n asas adalah amat penting walaupun Sibu tidak merekodkan wabak tersebut.

Pada program tersebut, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Veterinar Bahagian Sibu menyampaik­an taklimat penyakit rabies selain turut menyediaka­n sesi soal jawab.

 ??  ?? INGIN TAHU: Salah seorang peserta menanyakan soalan berkaitan penyakit rabies pada Program Kesedaran Penyakit Rabies di Dewan Suarah Sibu semalam.
INGIN TAHU: Salah seorang peserta menanyakan soalan berkaitan penyakit rabies pada Program Kesedaran Penyakit Rabies di Dewan Suarah Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia