Utusan Borneo (Sarawak)

Dua sampel anjing dari Engkilili negatif rabies

-

KUCHING: Dua sampel anjing dihantar ke Institut Penyelidik­an Veterinar (VRI), Perak pada 2 Ogos lalu didapati negatif wabak rabies.

Menurut Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, keputusan diterima semalam itu membabitka­n dua anjing tidak bertuan di Pekan Engkilili, Sri Aman.

Setakat jam 3 petang, Sabtu, sebanyak 835 anjing divaksin dalam Program Pemvaksina­n Anjing bagi mengawal penularan penyakit anjing gila yang diadakan secara besar-besaran di Dewan Bola Keranjang Sungai Apong.

Selain itu program pemvaksina­n turut diadakan di beberapa kampung di daerah Bau iaitu Kampung Suba Buan, Kampung Suba Bau, Kampung Suba Bandar, Kampung Grogok, Kampung Nowang, Kampung Opar, Kampung Rumih, Kampung Tembawang Sauh, Kampung Stenggang dan Kampung Jugan.

Menurut kenyataan yang dikeluarka­n Skretariat JPBN Sarawak, setakat ini haiwan kesayangan yang telah divaksin adalah sebanyak 27,132 membabitka­n 19,490 anjing, 7,597 kucing dan 45 haiwan lain.

Manakala jumlah kempen kesedaran mengenai wabak penyakit rabies yang diadakan di kawasan kampung dan sekolah terlibat masih lagi sebanyak 159 dan telah dihadiri oleh 31,363 peserta.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak ( JKNS) melaporkan sebanyak 57 kes gigitan dilaporkan semalam.

Sebanyak 35 kes gigitan dilaporkan di Bahagian Serian, Kuching (19 kes) dan Samarahan ( tiga kes).

Jumlah tersebut men- jadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku dari 1 April 2017 hingga 5 Ogos adalah 1,499 kes dan seramai 805 orang telah menerima suntikan vaksin anti-rabies.

JKNS memohon orang ramai yang mempunyai sejarah gigitan anjing dalam tempoh 1 April lalu, agar tampil segera untuk segera membuat pemeriksaa­n di manamana fasiliti kesihatan yang terdekat.

Orang ramai turut diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan menghindar­i diri dari gigitan haiwan terutamany­a anjing.

Sekiranya digigit, perlu mengambil langkah pencegahan segera dengan mencuci luka bahagian terkena gigitan menggunaka­n sabun dan air bersih yang mengalir selama 15 minit dan segera mendapatka­n rawatan lanjut di klinik atau hospital berdekatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia