Utusan Borneo (Sarawak)

Samarahan catat kedua tinggi jumlah Orang Kena Pengawasan

-

KOTA SAMARAHAN: Bahagian Samarahan mencatatka­n kedudukan kedua tertinggi jumlah Orang Kena Pengawasan (OKP) disebabkan dadah selepas Kuching.

Residen Bahagian Samarahan, Brahim Lumpu mendedahka­n sehingga kini jumlah OKP bagi Bahagian Samarahan seramai 304 orang iaitu kedua tertinggi selepas Kuching mencatatka­n 739 OKP.

“Kalau dibandingk­an dengan bahagian lain seluruh negeri, kita ( Bahagian Samarahan) berada di kedudukan kedua tertinggi selepas Bahagian Kuching.

“Keadaan ini menjadi satu kerisauan dan ancaman yang boleh dikatakan kita ini dalam zon merah,” katanya pada perasmian Program Memperkasa Komuniti di sini semalam.

Sehubungan itu, Brahim menggesa semua pihak termasuk penduduk di sini bekerjasam­a membantera­s apa juga elemen dadah daripada terus masuk ke kawasan ini.

“Samarahan adalah jiran dengan Kuching, apa yang berlaku di Kuching mudah datang ke sini, maka kita harus memagar terus su- paya elemen dadah tidak masuk ke rumah kita,” tambahnya.

Selain itu, beliau turut melahirkan aspirasiny­a mahu melihat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dinaik taraf menjadi sebuah angkatan bagi memperluas fungsi dan peranannya.

“Aspirasi saya ingin AADK ditukar menjadi Angkatan Anti Dadah Kebangsaan supaya agensi ini dapat meningkatk­an fungsi dan peranan memerangi dadah agar Samarahan sifar dadah,” ujarnya.

Terdahulu, Pengarah AADK Sarawak Wan Madihi Wan Salleh berkata selari dengan seruan kerajaan AADK Sarawak menubuhkan Pejabat AADK di Samarahan, Serian, Betong dan Sri Aman.

“Ini adalah usaha memerangi dadah habis-habisan bersama dan program hari ini julung kali diadakan dan dibiayai sepenuhnya oleh NGO iaitu Restoran Pohon Mas,” katanya.

Hadir sama Pegawai Daerah Kota Samarahan Mohd Ainnie Wahab, Pemilik Restoran Pohon Mas, Mahmud Epah dan isteri Siti Amizah Badrol dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia