Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat pengumpula­n dicadang di wilayah tengah Tanjung Manis kawasan sesuai, Awang Tengah akan merujuk cadangan pengwujuda­n kepada KM

- Oleh Borhaniza Ali Basah

BELAWAI: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan akan mencadangk­an kepada Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg supaya sebuah pusat pengumpula­n diwujud di wilayah tengah negeri Sarawak.

Sehubungan itu, beliau juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua merangkap Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan memilih Tanjung Manis sebagai kawasan sesuai bagi pembinaan pusat pengumpula­n tersebut.

“Saya akan bercakap dengan Ketua Menteri supaya diwujudkan sebuah pusat pengumpula­n untuk kawasan tengah negeri Sarawak.

“Kita sedia maklum, bahawa beliau sudah meluluskan sebuah pusat pengumpula­n di Lawas untuk memenuhi keperluan kawasan utara, malah beliau juga sudah meluluskan pusat pengumpula­n di Samarahan untuk memenuhi keperluan kawasan selatan,” katanya.

Jelasnya, negeri ini harus mempunyai sekurang-kurangnya sebuah pusat pengumpula­n bagi wilayah tengah Sarawak dan pastinya kawasan begitu sesuai adalah Tanjung Manis.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Hari Koperasi Negara 2017 Peringkat Negeri Sarawak mewakili Ketua Menteri di Tapak Pesta Kampung Belawai di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari itu berkata Tanjung Manis merupakan sebuah kawasan hab halal negeri Sarawak dan mempunyai potensi besar dibangunka­n.

Oleh itu, katanya, kerajaan negeri memberi penekanan terhadap sektor penanaman kelapa, nanas, Kluster Industri Minyak Sawit (POIC), kilang ikan, hasil ikan laut dalam, industri burung walit, pertanian, pelanconga­n, ternakan ikan dan udang dan banyak lagi.

“Ini yang akan kita tekankan dan kita juga mahu mereka yang akan melabur di sini bukan sahaja terlibat dalam aktiviti hiliran, tetapi harus juga melibatkan aktiviti huluan,” kata beliau.

Mengenai Hari Koperasi Negara 2017, beliau berkata, program itu bertujuan untuk memberi kesedaran kepada rakyat akan kepentinga­n ko- perasi untuk pembanguna­n negara.

Beliau berkata, di Sarawak sahaja terdapat 1,002 buah koperasi dengan jumlah ahli seramai 322,881 juta orang, di mana koperasi ini terlibat dalam sektor perniagaan hartanah, perladanga­n, perkhidmat­an, borong runcit dan pelanconga­n.

“Ia adalah penyumbang ke- pada usaha kita untuk meningkatk­an sosio ekomoni masyarakat kita, lebih-lebih lagi masyarakat di luar bandar,” tambah beliau.

Terdahulu dalam ucapan alu-aluan Timbalan Menteri Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Dato Henry Sum Agong berkata gerakan ko- perasi di negara ini telah berjaya mencapai peningkata­n memberangs­angkan pada 2016.

“Sebanyak 13,428 buah koperasi berdaftar di seluruh negara dengan bilangan anggota 7 juta orang mencatat jumlah jualan dan yuran anggota RM13.9 bilion, manakala jumlah aset melebihi RM131 bilion dengan jumlah perolehan menjangkau RM40 bilion.

“Ini menunjukka­n sektor koperasi suatu gerakan yang besar dari segi penglibata­n rakyat Malaysia dan mampu menjadi medium untk membantu kerajaan melakukan transforma­si ke arah membela kesejahter­aan rakyat,” katanya.

Hadir sama ialah Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Usahawan merangkap Menteri Muda E-Perdaganga­n Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Abdullah Saidol, Ahli Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Tun Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad, ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi dan kenamaan yang lain.

Saya akan bercakap dengan Ketua Menteri supaya diwujudkan sebuah pusat pengumpula­n untuk kawasan tengah negeri Sarawak. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? TERIMA KASIH: Awang Tengah (empat dari kanan) dan Henry (lima kanan) bersama-sama menyampaik­an ‘mock cheque’ berjumlah RM1 juta kepada Koperasi Kojaksa Sarawak Sdn Bhd untuk membiayai modal aktiviti dan pembiayaan kepada anggota.
TERIMA KASIH: Awang Tengah (empat dari kanan) dan Henry (lima kanan) bersama-sama menyampaik­an ‘mock cheque’ berjumlah RM1 juta kepada Koperasi Kojaksa Sarawak Sdn Bhd untuk membiayai modal aktiviti dan pembiayaan kepada anggota.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia