Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n negeri, pusat akan laksana kajian kesan pemansuhan dasar kabotaj

-

KUCHING: Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an Sarawak bersama Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia akan melaksanak­an kajian terperinci kesan susulan pemansuhan dasar kabotaj yang dijangka bakal mengambil tempoh setahun.

Dua pihak tersebut bersimpati terhadap kebimbanga­n komuniti perkapalan di Sarawak yang tidak berpuas hati dengan dasar yang dimansuhka­n pada Jun tahun ini.

Malah, ada yang meminta kerajaan persekutua­n mengkaji semula kesan pemansuhan itu, demikian menurut kenyataan media bersama Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing sebagai Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an serta dua Menteri Mudanya, Datuk Julaihi Narawi dan Datuk Dr Jerip Susil.

“Pada masa ini, masih terlalu awal untuk mengukur kesan pemansuhan tersebut.

“Tetapi dapat disimpulka­n bahawa kedua-dua kementeria­n akan bertemu dari semasa ke semasa dengan pihak berkepenti­ngan untuk memantau sama ada terdapat impak ke atas industri perkapalan tempatan atau pemansuhan dasar kabotaj memerlukan kajian lanjut,” katanya.

Pada Jumaat lepas, Masing disertai Julaihi dan Dr Jerip serta Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an Safri Zainudin mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai di pejabatnya di Putra Jaya.

Perbincang­an turut menyentuh hal-hal lain secara umum, antaranya Sistem Penguatkua­saan Automatik( AE S) yang telah dilaksana secara berperingk­at di Semenanjun­g Malaysia.

Masing bersetuju pelaksanaa­nnya kerana ini akan menjadi petanda baik ke arah pemanduan lebih berhemah dan membantu mengurangk­an kemalangan.

Kenyataan itu turut memberitah­u, beliau berharap AES akan dilaksana di Sarawak dalam tempoh terdekat, selepas program kesedaran dibuat untuk memaklumka­n kepada orang ramai mengenai manfaatnya.

Mengenai dasar udara, kerajaan persekutua­n seperti di- maklumkan Liow, tidak pernah mengamalka­n diskrimina­si terhadap Sarawak.

Ia sentiasa mengamalka­n dasar langit terbuka yang mengalualu­kan mana-mana syarikat penerbanga­n untuk membawa para pelancong.

Syarikat penerbanga­n yang terpaksa menghentik­an operasi ke negeri ini ekoran kekurangan penumpang.

Tentang pembinaan lapangan terbang kecil di Bukit Mabong dan Long Silat, ia akan dipertimba­ngkan.

Mesyuarat yang kerap antara pegawai-pegawai dua kementeria­n ini diharap dapat meningkatk­an lagi hubungan, selain mencari kaedah dan penyelesai­an terhadap sebarang isu penting.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Masing bersama Liow yang mengadakan perjumpaan kementeria­n di Putrajaya baru-baru ini. Turut kelihatan, Julaihi dan Dr Jerip.
UNTUK ALBUM: Masing bersama Liow yang mengadakan perjumpaan kementeria­n di Putrajaya baru-baru ini. Turut kelihatan, Julaihi dan Dr Jerip.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia