Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Austime Permata Kurnia bakal dibina di S’wak dan Sabah

-

MIRI: Pusat Autisme Permata Kurnia dicadangka­n akan dibina Sabah dan Sarawak bagi membantu memberi pendidikan lebih sempurna dan lebih fokus untuk kanak-kanak autisme.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sri Rohani Abdul Karim berkata, sebelum diperluas ke kedua-dua negeri berkenaan seperti Pusat Permata Kurnia Sentul, ia perlu dimantap terlebih dahulu.

“Pusat Permata Kurnia Sentul beroperasi setahun lepas dan ia perlu diperhebat daripada segi perkhidmta­an terlebih dahulu agar menjadi model sebelum diluas ke Sabah dan Sarawak,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Autisme SABATI Austistic Miri semalam.

Rohani berkata permohonan itu telah dikemukaka­n dan telah dipersetuj­ui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Penaung Program Permata Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Pusat Autisme Kurnia Sentul mempunyai 250 pelajar juga mempunyai kelas hujung minggu berikutan permintaan murid sejauh Terengganu dan Kelantan,” katanya.

Menurutnya lagi, pusat itu turut memperkena­l pembelajar­an secara atas talian bagi memudahkan kanak-kanak autisme ini mendapat pendidikan khas.

Pusat seluas 1.04 hektar di Jalan Sentul itu dibina dengan kos RM26 juta menempatka­n sehingga 300 kanak-kanak autisme berumur empat hingga tujuh tahun.

Dalam perkembang­an lain, kerajaan katanya sedang mengkaji meletakkan Kad Orang Kelainan Upaya (OKU) lebih spesifik terutama bagi yang menghadapi masalah pembelajar­an dan disleksia.

“Kita ada OKU penglihata­n, pendengara­n dan sebagainya, jadi apabila mereka melihat kad OKU terbabit mereka akan tahu masalah dihadapi.

“Namun bagi masalah pembelajar­an pula, hanya maklumat secara umum diletakkan dan kita akan buat pengumuman berkenaan kad OKU ini nanti,” jelasnya.

Beliau menambah, terdapat 433,952 OKU berdaftar seluruh negara, daripada jumlah itu 151,954 atau 35 peratus menghadapi masalah pembelajar­an dan 16,461 orang adalah autisme.

Di Sarawak pula, pendaftara­n OKU keseluruha­n sebanyak 29,872 orang, masalah pembelajar­an ialah 10,842 orang sementara 1,078 orang pula autisme.

Seminar autisme itu anjuran Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) Autistic Miri dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Miri dan Pejabat Dearah Miri.

Ia disertai 180 peserta terdiri ibu bapa dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Miri dan Bintulu.

Hadir sama ialah isteri Ketua Menteri juga Pengerusi SABATI, Datin Amar Datuk Juma’ani Tunku Bujang, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus serta tetamu lain.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Juma’ani (tiga kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Rohani (lima kanan) sambil disaksikan Rosey (empat kanan) termasuk tetamu lain selepas merasmikan seminar autisme di Miri semalam.
PENGHARGAA­N: Juma’ani (tiga kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Rohani (lima kanan) sambil disaksikan Rosey (empat kanan) termasuk tetamu lain selepas merasmikan seminar autisme di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia