Utusan Borneo (Sarawak)

Anak muda digalak ceburi pertanian, penternaka­n

Rantaian pertanian kini amat luas, liputi seluruh proses hingga ke aspek pemasaran, pembungkus­an

- Oleh Jessica Jawing

BAU: Lebih ramai golongan muda digalak melibatkan diri dengan industri pertanian atau penternaka­n yang kini sudah menjadi satu perniagaan membawa pulangan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Anthony Nogeh Gumbek berkata, kini rantaian pertanian tidak hanya setakat menternak atau menanam tetapi seluruh proses sehingga ke pemasaran dan pembungkus­an.

“Misalnya di Semenanjun­g Malaysia ramai di kalangan usahawan dalam pertanian berjaya sama ada dalam pen- anaman buah-buahan atau pertanian lain di mana mereka berjaya mendapat jualan sehingga RM1 juta sebulan.

“Kita berharap lebih ramai usahawan berjaya dilahirkan khasnya negeri ini termasuk industri makanan dan juga pengeluara­n madu kelulut,

Kita berharap lebih ramai usahawan berjaya dilahirkan khasnya negeri ini termasuk industri makanan dan juga pengeluara­n madu kelulut, yang kita lihat berpotensi untuk perniagaan. Datuk Anthony Nogeh Gumbek Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

yang kita lihat berpotensi untuk perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan penutupan Bengkel Penternaka­n Lebah Kelulut Angroprene­ur Muda kawasan Parlimen Mas Gading yang dihadiri Pengarah Pusat Promosi Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Hassan Said dan Pengarah MARDI Sarawak, Mohammad Noor Bin Adros di Dewan Suarah Bau di sini, semalam.

Nogeh yang juga Ahli Parlimen Mas Gading menegaskan, madu kelulut adalah antara satu industri yang berkembang di Malaysia yang harus diceburi golongan muda masa kini.

“Hasil daripada pengeluara­n madu kelulut ini ia menyumbang kepada industri pertanian iaitu RM66 juta setahun dan kita percaya ia akan lebih berkembang pada masa akan datang.

“Ini kerana industri ini adalah sangat mudah untuk dilakukan dan setakat ini juga tiada sebarang isu dari segi pemasarann­ya,” katanya pada sidang media selepas majlis berkenaan.

Katanya kementeria­n pada masa yang sama akan terus memantau produk madu kelulut yang juga merupakan suplimen baik untuk kesihatan itu.

Beliau memberitah­u madu kelulut berharga pada RM120 bagi setiap kilogram (kg) yang dijual MARDI sementara ia dianggarka­n RM180 hingga RM200 perkg dari pengusaha luar.

Sementara harga pasaran madu kelulut adalah RM60 hingga RM200 setiap 300 ml madu.

“Sehubungan itu kita amat menggalaka­n terutama golongan belia kita melibatkan diri dengan industri seperti ini bagi melahirkan lebih ramai usahawan muda,” katanya.

Nogeh pada majlis yang sama turut menyampaik­an geran In Kind Contributi­on (IKC) Unit Angroprene­ur Muda Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani kepada usahawan yang terpilih di kawasan Mas Gading.

Majlis juga menyaksika­n isteri Nogeh, Datin Caroline Mawas Jonathan Sabai menyampaik­an Dermasiswa BAKTI kepada pelajar-pelajar cemerlang dari keluarga kurang berkemampu­an.

 ??  ?? KENANGAN: Nogeh (berdiri, lima kanan) bersama Hassan (berdiri, lima kiri), Mohammad Noor (berdiri, empat kanan) serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh (berdiri, empat kiri) serta yang lain merakam kenangan bersama penerima geran...
KENANGAN: Nogeh (berdiri, lima kanan) bersama Hassan (berdiri, lima kiri), Mohammad Noor (berdiri, empat kanan) serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh (berdiri, empat kiri) serta yang lain merakam kenangan bersama penerima geran...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia