Utusan Borneo (Sarawak)

Impian pesakit kanser tahap empat jejak S’wak tercapai

-

KUCHING: Kegembiraa­n tak terhingga jelas terpampang di wajah adik Nur Hafifa Mohd Suhaimi, 11, apabila impiannya menjejak kaki ke di Bumi Kenyalang akhirnya tercapai.

Menurut Natipah Abu, seorang aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menemani Nur Hafifa ke Kuching, Nur Hafifa sememangny­a menanam hasrat sejak dahulu lagi untuk menaiki kapal terbang dan melawat Sarawak.

Nur Hafifa merupakan pesakit kanser tulang tahap empat sejak Januari 2016, dan telah menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 18 kali di hospital kerajaan.

Pada awal tahun ini, kaki kanan beliau dibedah dan terpaksa dipotong akibat kanser tulang yang dialaminya.

Nur Hafifa sepatutnya dijadualka­n untuk menjalani satu pembedahan memasang besi di kaki kanannya tetapi doktor mendapati jantung beliau masih lemah akibat rawatan kemoterapi­nya selama ini, maka pembedahan itu terpaksa ditangguhk­an untuk sementara waktu.

Nur Hafifa ditemani ahli keluargany­a dibawa melawat tempat menarik sekitar bandar raya termasuk Astana Negeri, Dewan Undangan Negeri, Muzium Kucing dan Taman Budaya Sarawak.

Kelmarin, Nur Hafifa serta keluarga dibawa menaiki Sarawak River Cruise bersama 60 kanakkanak yatim Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Laila Taib Kuching.

Pelbagai aktiviti hiburan diadakan semasa pelayaran tersebut seperti persembaha­n badut, persembaha­n api dan nyanyian karaoke oleh anak-anak yatim.

Majlis makan malam khas turut dimeriahka­n dengan kehadiran isteri Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Belia dan Sukan Sarawak Datin Zuraini Abd Jabbar dan isteri Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Nora Ashikin Ibrahim di Sarawak River Cruise.

 ??  ?? TERCAPAI: Zuraini (empat kiri) dan Nora Ashikin (dua kiri) bersama adik Nur Hafifa dan keluarga.
TERCAPAI: Zuraini (empat kiri) dan Nora Ashikin (dua kiri) bersama adik Nur Hafifa dan keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia