Utusan Borneo (Sarawak)

200 usahawan muda hadiri bengkel penternaka­n lebah kelulut MARDI

-

BAU: Lebih 200 usahawan muda atau agropreneu­r muda kawasan Mas Gading semalam menghadiri bengkel penternaka­n lebah kelulut yang julung kalinya diadakan di daerah itu.

Program merupakan anjuran Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Sarawak itu mendapat sambutan memberangs­ang yang pada mulanya menyasarka­n hanya 100 peserta sahaja.

Bengkel bermula pada jam 8.30 pagi itu dirasmi penutupann­ya oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani juga Ahli Parlimen Mas Gading, Datuk Anthony Nogeh Gumbek serta dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh di Dewan Suarah Bau.

Bengkel diadakan bertujuan untuk berkongsi pengetahua­n mengenai penternaka­n lebah kelulut oleh pakar MARDI untuk melatih usahawan baharu bagi menceburi bidang penternaka­n madu kelulut.

Pengarah Pusat Promosi MARDI, Hassan Said dalam ucapannya berkata, antara objektif bengkel diadakan ialah memberi pengetahua­n dan pemahaman tatacara menternak lebah kelulut.

“Ia juga bagi mengenal jenis kelulut berpotensi untuk dikomersia­l ser- ta memberi pemahaman kepentinga­n madu kelulut serta khasiat.

“Selain itu kita mahu mewujudkan usahawan-usahawan baru (Agropreneu­r Muda) dan menjalin hubungan peserta serta penternak kelulut sedia ada,” katanya.

Beliau berkata sehingga kini jumlah keahlian Agropreneu­r Muda di Sarawak seramai 132 orang terdiri daripada bidang tanaman (31 orang) ternakan seramai 97 orang dengan 93 daripadany­a adalah kelulut dan empat dalam bidang makanan.

Hassan berkata selain itu dibawah geran In Kind Contributi­on ( IKC) Unit Agropreneu­r Muda MOA, setakat 31 Julai 2017 seramai 21 penerima dengan jumlah keseluruha­n RM216,775.

Sementara semalam, sempena majlis yang diadakan itu MARDI menyampaik­an 11 geran IKC kepada usahawan mudah terpilih di daerah berkenaan bagi menambahba­ik projek yang telah dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia