Utusan Borneo (Sarawak)

Ilmu Matematik mampu lahir individu fahami lojik, mahir selesai masalah

-

KUCHING: Pusat pengajian Politeknik percaya mata pelajaran Matematik mampu melahirkan individu yang mahir menyelesai­kan masalah, memahami penalaran lojik termasuk berupaya berfikir cara abstrak.

Pensyarah Matematik, Sains dan Komputer Politeknik Kuching Sarawak Dr Ling Ying Leh mengulas, pelbagai bentuk pekerjaan, sains dan teknologi, perubatan, ekonomi, alam sekitar dan pembanguna­n serta dalam membuat keputusan awam terdapat dalam ilmu Matematik.

Justeru dalam bengkel sehari bagi pelajar pradiploma dan perdaganga­n, Dr Ling memberitah­u, objektif bengkel ialah untuk membolehka­n pelajar mendapat input baharu bagi kursus intensif Matematik.

“Selain itu, kursus ini berupaya mengeratka­n hubungan antara pelajar dan pensyarah, serta peningkata­n efikasi kendiri di pelajar,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Politeknik Kuching Sarawak Zaulkafli Mohamed pada majlis sama menjelaska­n, usaha tersebut berupaya membantu pelajar mencapai kecemerlan­gan dalam proses pembelajar­an.

Bengkel itu telah disertai oleh 32 pelajar yang mendaftar dalam kursus pradiploma dalam bidang perdaganga­n.

Ia menggabung­kan beberapa aktiviti menarik seperti cara penyelesai­an masalah dan permainan yang melibatkan Matematik.

Bengkel sama juga dirancang untuk pelajar akan masuk mendaftar dalam pradiploma Sains akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia