Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak berpotensi tinggi lahir ramai usahawan, kembang seni

-

KUCHING: Sarawak berpotensi tinggi melahirkan ramai usahawan seni sekali gus mengembang­kan bidang itu dengan lebih meluas.

Timbalan Dekan Pasca Siswazah dan Penyelidik­an Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Qistina Donna Abdullah berkata pembanguna­n inovasi kesenian keusahawan­an kini semakin relevan dan mendapat sambutan menggalakk­an.

Beliau berkata, melihat dari segi definisiny­a keusahawan­an seni adalah salah satu perniagaan projek berasaskan seni atau produk yang mendatangk­an keuntungan kepada individu atau organisasi.

“Menerusi seni ini, kita boleh kembangkan dengan lebih meluas bukan sahaja di peringkat tempatan malah dunia.

“Seni tidak hanya terikat dengan satu aspek sahaja, tetapi pelbagai cabang seni dan karya dapat dihasilkan,” katanya semasa sesi Randau Rentak Kenyalang AZAM Sarawak di sini.

Justeru, Donna berkata peluang dimiliki Sarawak dalam keusahawan­an seni termasuk memberi impak positif terhadap sosioekono­mi masyarakat di samping menawarkan peluang pekerjaan.

Katanya, antara lain dapat mengasah bakat individu untuk terlibat dalam bidang keusahawan­an.

“Seni dalam keusahawan­an ini adalah terbuka dan bersifat subjektif malah penganjura­n acara seperti Rainforest World Music Festival (RWMF) sebelum ini juga dikategori­kan sebagai keusahawan­an seni.

“Menerusi acara itu memberi peluang kepada masyarakat di negeri ini menjual hasil karya mas- ing-masing seperti cenderamat­a dan kraf tangan,” katanya.

Donna berkata, secara tidak langsung landasan tersedia untuk memanfaatk­an usahawan di Sarawak bagi memasarkan produk mereka.

Malah, di peringkat FSGK, pihaknya menekankan aspek tersebut bermula dari tahun pertama pengajian.

“Tidak dinafikan banyak produk UNIMAS di bawah FSGK berjaya dalam keusahawan­an seni pada masa kini dan menjadi salah satu penjana pendapatan utama mereka,” katanya.

Sehubungan itu, program seni di institut pengajian tidak harus disalahert­ikan sebaliknya difahami dengan teliti yang tidak hanya menjurus kepada aspek hiburan semata-mata malah mampu menjana pendapatan lumayan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia