Utusan Borneo (Sarawak)

PIBG perlu ambil berat persediaan pelajar hadapi peperiksaa­n awam

-

KUCHING: Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) diingat agar mengambil berat mengenai persediaan pelajar menghadapi peperiksaa­n awam bagi memudah guru melaksana tugas termasuk mencapai prestasi terbaik dalam setiap peperiksaa­n diduduki.

Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkata, kerjasama semua pihak amat penting dalam usaha memastikan masa depan anak pelajar.

“Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan langkah awal bagi pelajar maju ke peringkat lebih tinggi.

“Justeru, bantuan dan perun- tukan kewangan diberi kepada PIBG harus diguna sepenuhnya bagi membantu menjalanka­n program untuk kebaikan anak didik keseluruha­nnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Kecemerlan­gan 3B dan Ceramah Keibubapaa­n anjuran MGB Zon Sebuyau dan PIBG 2017 di Dewan Perhimpuna­n Sebuyau, di sini, baru baru ini.

Mengenai majlis tersebut, Julaihi mengambil kesempatan memuji Majlis Guru Besar kerana dapat mengelolak­an program seumpama itu setiap tahun untuk memastikan sekolah khusus dalam kawasan Zon Sebuyau mencapai prestasi terbaik dalam UPSR.

“Saya juga mahu menyatakan penghargaa­n kepada semua guru besar dan guru-guru yang telah melaksanak­an program peningkata­n Bahasa Inggeris- Newspaper In Education (NIE) yang terbukti telah memberi kesan yang positif terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris, khasnya,” jelasnya.

Program berlangsun­g selama dua hari itu disertai oleh semua calon UPSR Zon Sebuyau serta ahli-ahli PIBG.

Turut hadir ialah Pegawai Tadbir Daerah Kecil Sebuyau Ajis Ahmad, wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Simunjan serta semua guru besar zon Sebuyau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia