Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama penduduk lancar tugas wakil rakyat

JKKK, ketua kampung harus bantu tangani masalah penduduk di peringkat akar umbi: Wan Junaidi

- Oleh Siti Aisyah Ramli

KUCHING: Urusan dan pentadbira­n wakil rakyat di sesuatu kawasan pasti tidak dapat berjalan lancar sekiranya tiada kerjasama dan bantuan penduduk kawasan itu sendiri.

Malah, ia juga mustahil bagi wakil rakyat mendekati rakyat secara individu bagi mengenal pasti masalah dihadapi.

Justeru, menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( JKKK), ketua kampung serta wakil parti di kawasan memainkan peranan penting dalam membantu wakil rakyat menangani masalah penduduk di peringkat akar umbi.

Memegang jawatan Ahli Parlimen Santubong sejak 2004 sehingga kini, Wan Junaidi berkata, pasti sukar baginya mendekati rakyat jika masyarakat setempat khususnya di kawasan Santubong tidak membantu dan memberi kerjasama kepada beliau untuk mengetahui sebarang kehendak atau pembanguna­n yang diperlukan di peringkat kawasan.

“Adalah mustahil bagi wakil rakyat melakukan tugas dengan efisien jika memiliki JKKK atau ketua kampung tidak mampu memainkan peranan mereka untuk membantu.

“Saya amat berterima kasih kepada peringkat kepimpinan masyarakat akar umbi di Parlimen Santubong termasuk ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dipilih kerana selama ini tidak membiarkan saya bekerja seorang diri,” katanya.

Jelasnhya, kerana bantuan dan kerjasama beliau dapat mendengar masalah dihadapi rakyat, mendengar apa keperluan dan kemudahan mereka mahu seterusnya membawakan pembanguna­n untuk tujuan keselesaan rakyat kita di sini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Penyampaia­n Cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan Sumbangan Bantuan Kecemasan Ahli Parlimen Santubong serta Penyampaia­n Sumbangan BAKTI di Surau Darul Hijrah, Bandar Baru Samariang di sini, semalam.

Di bawah tadbiran Parlimen Santubong merangkumi tiga kawasan DUN termasukla­h Pantai Damai, Demak Laut dan Tanjong Datu di mana masing- masing diwakili ADUN-nya iaitu Dr Abdul Rahman Junaidi, Dr Hazland Abang Hipni dan Datuk Amar Jamilah Anu.

“Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di peringkat cawangan dan ranting juga banyak menyumbang tenaga dan kerjasama erat bagi memastikan tiada rakyat tercicir sebarang pembanguna­n dan keperluan dibawa ke kawasan kita,” katanya.

Jelasnya lagi, mereka ini perlu menjadi mata dan telinga kepada wakil rakyat dengan mengumpul dan menyalur maklumat bagi membolehka­n bantuan atau projek pembanguna­n dapat dilaksanak­an dengan lebih berkesan.

Mengenai majlis penyampaia­n cek dan bantuan kecemasan itu, Wan Junaidi berkata, sumbangan berjumlah RM100,800 tersebut merupakan penyerahan bantuan siri keempat pada tahun ini bagi Parlimen Santubong.

Sumbangan berkenaan melibatkan sumbangan pendidikan keluarga miskin (RM14,800), sumbangan kecemasan pesakit kronik (RM21,000) serta sumbangan MRP (RM65,000).

Manakala bagi BAKTI pula berjumlah RM11,000 merangkumi sumbangan dermasiswa (RM6,000) dan sumbangan pesakit kronik (RM5,000).

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah isteri Wan Junaidi Datuk Seri Feona Wan Junaidi, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) Datu Dr Sanib Said dan Pemanca Rashidi Junai.

Saya amat berterima kasih kepada peringkat kepimpinan masyarakat akar umbi di Parlimen Santubong termasuk ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dipilih kerana selama ini tidak membiarkan saya bekerja seorang diri. Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Julaihi (berdiri tengah) merakam gambar kenangan bersama peserta Program Kecemerlan­gan 3B dan Ceramah Keibubapaa­n anjuran MGB Zon Sebuyau dan PIBG 2017 di Sebuyau, baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: Julaihi (berdiri tengah) merakam gambar kenangan bersama peserta Program Kecemerlan­gan 3B dan Ceramah Keibubapaa­n anjuran MGB Zon Sebuyau dan PIBG 2017 di Sebuyau, baru-baru ini.
 ??  ?? SUMBANGAN IKHLAS: Wan Junaidi (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima bantuan bagi Parlimen Santubong di Kuching, semalam.
SUMBANGAN IKHLAS: Wan Junaidi (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima bantuan bagi Parlimen Santubong di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia