Utusan Borneo (Sarawak)

Pelanconga­n boleh dibangun di Limpaku Pinang

Kampung nelayan tersebut miliki kekuatan dari segi alam semula jadi boleh jana pendapatan: Hasbi

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Perkampung­an nelayan Limpaku Pinang yang terletak di kuala Sungai Limbang mempunyai produk pelanconga­n boleh dibangun untuk menarik kemasukan pelancong luar.

Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata kampung tersebut mempunyai kekuatan dari segi alam semula jadi seperti kelip-kelip, monyet belanda, kraf tangan dan inap desanya.

“Kerajaan melihat kepada potensi pelanconga­n yang terdapat di Kampung Limpaku Pinang untuk dibangunka­n bagi menjana pendapatan,” katanya pada Program Mesra Nelayan Sempena Sesi Penerangan Elaun Sara Hidup (ESHN) Kawasan Limbang.

Turut sama ialah Timbalan Residen Pembanguna­n Selamat Jati Yanjah, Pegawai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Wilayah Tiga Miri Saliah Mudin,Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Limbang Stredella Romina, Pengerusi PNK Limbang Sondit Mail dan Ketua Kampung Limpaku Pinang Simatzaman Sapar.

Beliau mahu produk pelanconga­n dijadikan satu pakej lengkap dan tersusun bagi menarik kemasukkan pelanconga­n luar.

Jelasnya banyak perkampung­an nelayan di Semenanjun­g Malaysia sudah melaksana projek sama yang mampu meningkatk­an sosio ekonomi masyarakat nelayan disekitarn­ya.

Katanya lagi pelbagai bantuan disediakan kerajaan demi memastikan kebajikan mereka yang selama ini ban-

Kerajaan melihat kepada potensi pelanconga­n yang terdapat di Kampung Limpaku Pinang untuk dibangunka­n bagi menjana pendapatan. Hasbi Habibollah Ahli Parlimen Limbang

yak berkorban tenaga dan masa untuk menyediaka­n bekalan ikan kepada rakyat sentiasa terbela.

“Ia termasuk elaun sara hidup, baipulih jeti dan dan rumah nelayan, insentif penangkapa­n ikan, subsidi dan sebagainya,”katanya lagi.

Jelasnya bantuan ini akan diteruskan melalui agensi seperti LKIM, PNK dan agensi berkaitan.

Terdahulu Saliah berkata LKIM selari dengan matla- mat penubuhann­ya, menjaga kebajikan dan sosio ekonomi golongan nelayan.

“Ini terbukti melalui peruntukan diberi kerajaan disalur kepada LKIM untuk melaksanak­an projek pembanguna­n, program bantuan dan jua program sosial seluruh negeri,”katanya.

Sebanyak RM30,000 geran kerajaan diserahkan kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( JKKK) Limpaku Pinang untuk membina titian baru bagi menganti titian lama yang digunakan kanak-kanak ke sekolah

Pelbagai aktiviti diadakan pada program itu termasuk penyerahan peralatan sekolah kepada lebih 40 murid-murid sekolah itu.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Hasbi (belakang lapan kiri) Saliah dan tetamu lain bergambar bersama kanakkanak Limpaku Pinang.
TERIMA KASIH: Hasbi (belakang lapan kiri) Saliah dan tetamu lain bergambar bersama kanakkanak Limpaku Pinang.
 ??  ?? MESYUARAT: Zainuddin (kiri) ketika mesyuarat dilaksanak­an barubaru ini.
MESYUARAT: Zainuddin (kiri) ketika mesyuarat dilaksanak­an barubaru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia