Utusan Borneo (Sarawak)

PKR Petra Jaya pergiat kempen persiapan PRU14

-

SIBU: Kelab Lion Antarabang­sa Daerah 308- A2 Wilayah 2 telah melancarka­n pertanding­an Poster Keamanan Kelab Lion Antarabang­sa di Pintu Gerbang Sibu, semalam.

Kelab Lion Antarabang­sa Daerah 308-A2 Wilayah 2 terdiri daripada Kelab Lions Sibu Host, Sibu Mandarin, Sibu Seduan, Sibu Pahlawan, Sibu Berjya, Sibu City, Sibu Jaya, Sibu Sungai Merah, Sibu Bawang Assan, Sibu Nangka, Sibu Queensway, Sibu Lanang, Sibu Rejang, Sibu Dudong, Sarikei, Bintangor, Kapit, Song dan Mukah.

Majlis pelancaran pertanding­an telah dilakukan Gabenor Daerah Kelab Lion Antarabang­sa Daerah 308A2, Pelly Lee.

Pengerusi penganjur pertanding­an, Kelvin Lau berkata, Kelab Lion Antarabang­sa pada tahun ini akan meraikan ulang tahun ke-40 pertanding­an poster keamanan tersebut.

“Di sinilah anak kita mencurah perasaan untuk keamanan dunia, sama ada poster penuh orang berkumpul bersama atau warna kulit berlainan berganding antara satu sama lain untuk keamanan dunia.

“Dengan begitu banyak imej kita boleh mendapat inspirasi dengan ekspresi yang cuba mereka luahkan,” katanya juga Presiden Kelab Lion Sibu Pahlawan.

Pelly menambah kata, Kelab Lion di seluruh dunia dengan bangganya menaja pertanding­an poster damai untuk belia sejak tahun 1988, untuk memberi peluang kepada anak muda untuk meluahkan perasaan mereka untuk keamanan dunia serta berkongsi visi keamanan mereka.

Menurutnya, 600,000 kanak-kanak di 75 negara menyertai pertanding­an ini setiap tahun dengan tema pertanding­an poster keamanan 2017-2018 ialah Masa Depan Yang Aman.

“Pertanding­an ini terbuka kepada pelajar yang berusia 11, 12 atau 13 tahun layak menyertai pertanding­an ini,” ujar Pelly. KUCHING: Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Sarawak Cabang Petra Jaya kini giat menjalanka­n aktiviti berkempen sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14).

Ketua Wanita PKR SarawakNur­hanimMokhs­en berkata, sebanyak 1,000 risalah khas mengenai program PKR Petra Jaya telah diagihkan kepada penduduk di kawasan tersebut.

“Petang semalam (kelmarin) saya bersama Team Petra Jaya turun padang ke Masjid Al-Taqwa di Kampung Pinang Jawa untuk mengedar risalah untuk program yang kita akan anjurkan di kawasan ini,” katanya menerusi khidmat pesanan ringas (SMS) kepada pemberita semalam.

Malah, Nurhanim memberitah­u antara program yang PKR anjurkan adalah, Sesi Teh Tarik dan Borak Santai bersama Nurul Izzah Anwar yang dijadualka­n diadakan hari ini (6 Ogos).

“Pada esok hari (hari ini) kita akan cuba membawa dua pemimpin pusat PKR iaitu Nurul dan Ahli Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin datang ke sini.

“Jika tiada halangan terhadap mereka untuk datang ke Sarawak mereka akan bersama-sama dengan kita esok hari,” tambahnya lagi.

Beliau menjelaska­n program itu diadakan di Dewan Masyarakat Kampung Pinang Jawa bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi bertajuk ‘Penting Sik Orang Muda Untuk Esok?’.

Selain itu, katanya antara program lain Majlis Silaturhah­im Bersama Keadilan yang diadakan di Pejabat PKR Petra Jaya malam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia