Utusan Borneo (Sarawak)

SOP Properties pamer projek Taman Lambir Jaya sempena ekspo SHEDA

-

MIRI: Zainuddin Sapong kekal dipilih sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Badan Kebajikan Islam Miri (BKIM) bagi penggal 2017 hingga 2018.

Mesyuarat pemilihan dan perlantika­n telah diadakan pada Ahad lalu di bangunan Wisma Amal di Piasau Jaya Fasa Dua.

Untuk jawatan timbalan pengerusi disandang Abdul Rahman Adon, setiausaha oAbdul Rahman Abdul Gapar, penolong setiausaha Kipli Suhaili, bendahari oleh Ahmad Angas dan penolong bendahari Mohammad Shadan Mohamad Mari.

Sementara jawatan pegawai penerangan disandang oleh Azamin Anie.

Empat terpilih sebagai ahli jawatankua­sa ialah Kasah Anie, Mohd Iskandar Mokhtar Khan, Wahab Bujang dan Ahmad Tantawi Mansor. MIRI: SOP Properties Sdn Bhd, salah satu peserta dalam ekspo hartanah Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak ( SHEDA) yang berlangsun­g tiga hari di Bintang Megamall bermula kelmarin (04/08/17), sedang memperkena­l projek terbesar iaitu Taman Lambir Jaya.

Pembanguna­n Taman Lambir Jaya terdiri daripada 112 unit rumah teres satu tingkat, 40 unit rumah berkembar satu tingkat dan lima blok kedai dua tingkat.

Dengan harga bermula dari RM220,000 ( untuk unit teres satu tingkat) dan RM355,000 (untuk rumah berkembar satu tingkat), projek tersebut menyediaka­n kediaman dengan harga yang paling berpatutan di kawasan Miri.

Di samping itu, kawasan tapak sebesar 974 kaki persegi (untuk unit teres satu tingkat) dan 1,403 kaki persegi (untuk rumah berkembar satu tingkat), ia amat sesuai untuk keluarga kecil dan sederhana bek- erja dan tinggal di kawasan Bekenu dan Niah.

Selain hartanah kediaman dan komersil, pembanguna­n masa depan juga termasuk pasar raya besar ( Pasar Raya Boulevard), sebuah stesen minyak serta sebuah restoran pandu lalu.

Taman Lambir Jaya terletak kira-kira 40 kilometer dari banda raya Miri iaitu di simpang Bekenu, sebelah Lebuhraya Pan Borneo iaitu Jalan Miri- Bintulu yang merupakan projek jaringan lebuh raya terbesar di Sabah dan Sarawak oleh kerajaan persekutua­n.

Semua unit kediaman telah siap sepenuhnya manakala pembinaan lot kedai komersial kini sedang dalam proses pembinaan.

Pembeli rumah dan sesiapa yang berminat disaran untuk membawa dokumen berkaitan kerana SOP Properties kini sedang memberi diskaun menarik dari RM3000 serta yuran guaman percuma ke atas perjanjian jual beli.

 ??  ?? JUALAN: Dua penasihat jualan hartanah bergambar di gerai SOP Properties semasa berlangsun­gnya ekspo hartanah SHEDA yang berakhir hari ini (6 Ogos).
JUALAN: Dua penasihat jualan hartanah bergambar di gerai SOP Properties semasa berlangsun­gnya ekspo hartanah SHEDA yang berakhir hari ini (6 Ogos).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia