Utusan Borneo (Sarawak)

Kontraktor nafi dakwaan Baru tidak cat projek perumahan Miri

-

SIBU: Seorang kontraktor perumahan di Miri menafikan kenyataan Pengerusi PKR Baru Bian mengenai kerja mengecat semula bagi projek perumahan di Miri tidak pernah dilakukan walaupun Perbadanan Pembanguna­n Perumahan Sarawak (SHDC) membayar RM2.88 juta kepada kontraktor itu.

Kontraktor berkenaan menjelaska­n, kenyataan itu tidak berasas sama sekali kerana ia boleh menimbulka­n salah faham di kalangan rakyat.

“Kerja mengecat semula selesai pada 2015 dan kami mempunyai bukti untuknya,” katanya pada sidang akhbar di sini pagi kelmarin.

Kontraktor itu merujuk kepada kenyataan dibuat Baru dilaporkan memetik sumbernya daripada seba- hagian daripada Laporan Ketua Audit Negara (AG) yang dikeluarka­n barubaru ini.

Baru yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’ Kelalan, berkata SHDC didapati membayar RM2.88 juta kepada dua kontraktor untuk kerja mengecat namun tidak pernah dilaksana.

Beliau juga berkata penemuan itu menunjuk kepada isu salah urus serius dalam penyeliaan kewangan.

Baru juga menyebut bahawa SHDC ditugaskan menyediaka­n perumahan mampu milik untuk rakyat tetapi tidak bertanggun­gjawab sepenuhnya terhadap wang dan sumber negeri ini.

Baru turut dipetik sebagai berkata, beliau ingin mengetahui sama ada terdapat penyalahgu­naan dana atau berlaku ketirisan kewan- gan.

Kontraktor mengesahka­n bahawa mereka dianugerah­kan dengan projek cadangan pengekanga­n luaran termasuk kerja sampingan kepada 47 blok pangsapuri dua tingkat di RPR Permyjaya Miri dengan kos RM2.56 juta.

Beliau berkata kerja mengecat semula dan bantuan sampingan bermula pada Julai 2015 dan telah siap sepenuhnya dalam masa empat bulan.

Kontraktor itu berkata ia sangat malang bahawa Baru memutuskan untuk membawa perkara yang diselesai dua tahun sebelum ini.

“Kami amat sedih bahawa nama syarikat kami mungkin tercemar oleh penularan berita mengeliruk­an,” katanya.

Kontraktor mengulangi bahawa semua kerja ditetap- kan di bawah kontrak telah dijalankan dengan sewajarnya dan berjaya.

Secara keseluruha­nnya, beliau berkata 47 blok dicat semula, tidak termasuk 12 unit terbakar, sambil menambah mereka tidak menuntut apa-apa kos untuk unit terbakar.

Justeru, kontraktor itu menggesa Baru untuk memeriksa fakta secara bijak sebelum membuat apa-apa tuduhan yang serius terhadap kontraktor tersebut.

 ??  ?? BUKTI: Gambar menunjukka­n rumah sebelum (kiri) dan selepas dicat semula (kiri) di Permyjaya di Miri.
BUKTI: Gambar menunjukka­n rumah sebelum (kiri) dan selepas dicat semula (kiri) di Permyjaya di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia