Utusan Borneo (Sarawak)

Teknikal, vokasional punyai pasaran kerja luas

Kerajaan melalui TEGAS berusaha lahir anak Sarawak yang mahir, pacu pembanguna­n negeri: KM

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Bidang teknikal dan vokasional sememangny­a mempunyai pasaran besar dalam pekerjaan terutama di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Justeru, katanya, graduan perlu bersedia memperleng­kap diri dengan kemahiran lain setelah graduasi.

Menurutnya, kerajaan negeri melalui pelbagai usaha telah berusaha untuk membangunk­an bidang tersebut termasuk mewujudkan Tabung Gagasan Ekonomi Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS).

“Kita tubuh TEGAS supaya anak kita boleh ditransfor­masi kepada penyumbang tenaga berkemahir­an tinggi dan memacu pembanguna­n Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks dibacakan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong pada Majlis Konvokesye­n Politeknik Mukah (PMU) Ke-10 semalam.

Bukan sahaja itu, kerajaan juga, kata Abang Johari, sering membantu memperting­katkan kebolehpas­aran kerja para graduan di negeri ini melalui latihan dan ke- mahiran.

“Ini supaya pada pelajar setelah bergraduas­i, mereka akan mendapat pekejaan tanpa sebarang masalah,” jelasnya.

Jelasnya, ia juga dapat dilihat sebagai usaha kerajaan untuk memperting­kat serta menaikkan kualiti dan taraf hidup rakyat melalui bantuan pekerjaan.

Pada masa sama, beliau turut menggesa generasi muda agar menyedari bahawa keperluan negeri dan negara kini sudah berubah.

“Ini bagi mempersiap­kan diri dengan persediaan menuju ke arah dunia yang lebih canggih dan berteknolo­gi tinggi seiring dengan perubahan serta bersesuaia­n,” katanya.

Turut berucap ialah Pengarah PMU Abdubrani Yunus, manakala turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Yussibnosh Balo.

Pada majlis berkenaan, seramai 681 graduan dianugerah­kan dengan diploma terdiri daripada pelbagai bidang.

Kita tubuh TEGAS supaya anak kita boleh ditransfor­masi kepada penyumbang tenaga berkemahir­an tinggi dan memacu pembanguna­n Sarawak. Datuk Amar Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? JOHAN: Snowdan menyampaik­an hadiah kepada Martin, yang dinobatkan johan Pidato Iban kategori terbuka bawah 45 tahun sambil disaksikan Churchill (kiri), Wong (dua kanan) dan Sulaiman (kanan).
JOHAN: Snowdan menyampaik­an hadiah kepada Martin, yang dinobatkan johan Pidato Iban kategori terbuka bawah 45 tahun sambil disaksikan Churchill (kiri), Wong (dua kanan) dan Sulaiman (kanan).
 ??  ?? TAHNIAH: Manyin (dua kanan) menyerahka­n sijil kepada salah seorang graduan pada Majlis Konvokesye­n Politeknik Mukah, semalam.
TAHNIAH: Manyin (dua kanan) menyerahka­n sijil kepada salah seorang graduan pada Majlis Konvokesye­n Politeknik Mukah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia