Utusan Borneo (Sarawak)

47 kontinjen bakal sertai Perarakan Bandar Raya Kuching, Sabtu depan

-

KUCHING: Sebanyak 47 kontinjen akan mengambil bahagian dalam Perarakan Bandar Raya Kuching dengan tema ‘Perpaduan dalam Kepelbagai­an’ pada Sabtu depan, bermula jam 6.30 petang.

Bermula dari Pusat Komersil Travillion, Jalan Petanak, perarakan itu akan melalui Jalan Padungan, seterusnya ke Pentas Utama di hadapan Hotel Hilton, Tebingan Kuching dan akan berakhir di Jalan Tun Abang Haji Openg (melalui Pejabat Pos Kuching dan Plaza Merdeka).

Pasukan- pasukan yang pasti akan mempamerka­n keunikkan budaya dan etnik di Sarawak termasuk Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak; Ming De Chinese Cultural Education Centre; Jabatan Perikanan Laut Sarawak; Institut Kemahiran MARA Kuching (IKM);Pertubuhan Kesenian Sri Sarawak; Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA), Rumpun Seni Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Pengurusan Seni Silat Hailam Laut Sarawak.

Selain itu, Radio Televisyen Malaysia ( RTM) Kuching akan turut serta, Kelab Sukan Rekreasi Kampung Tupong Tengah; Jabatan Tanah Dan Survei Sarawak; Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS); J.I.BAD. IB 2017, NOSTALGIA 2017; The Hornbill Dance Troupe; Kumpulan Kesenian Petra; Fit Family; Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS); Volunteers of Kuching Utara; Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah (KDPAHA) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abang Haji Openg (Bitara Seri Openg).

Turut dijangka memeriahka­n perarakan ialah Perguruan Seni Silat Dendam Perantau BandarayaK­U; Hadrah dan Kompang Modern DP; Rapet Dancers; Kasuma Tari; Sekolah Seni Malaysia Sarawak ( Anak Warisan Kenyalang ); Teen Spirit Dancers; Sekolah Kebangsaan St. Teresa Kuching ( M); Sekolah Kebangsaan St. Teresa Kuching (M) -2; The Boys’ Brigade (Sarawak Southern Region Band; The Committee of Management of Kuching Chung Hua, No 1,3 & 4; Golden Hornbill Drumline UITM; dan Sekolah Kebangsaan Siol Kanan (Sutera Dana Dancers).

Acara itu turut disertai City Cycling Club (CCC); Awgku Irawan Nizzam; Kelab Sukan Permotoran Pusak Itam Kuching; Chin Shing Ming; Serian Division Vespa Fan Club; Telekom Malaysia Bhd (TM Sarawak); Borneo Island Big Bike (BIBB); Perguruan Seni Silat Betawi; Two Soul One Heart Bikers; Bamboo Band (Persatuan Lun Bawang, Cawangan Kuching Sarawak); Avengers Bikers Club; K-wheel Rider (Kuching Eletric Unicycle); Mean Machine Brothers Inc; dan Kuching Zdance Club.

Bagi memeriahka­n lagi perarakan, konsert mini akan diadakan bermula jam 4 petang sehingga 6 petang, bertempat di Godown Amphitheat­er, Kuching Waterfront yang akan menampilka­n Akim & The Majistret serta beberapa artis tempatan Sarawak. Dan, sebagai penutupan majlis pada malam tersebut, warga kota juga akan berpeluang menyaksika­n pertunjuka­n bunga api.

Perarakan itu akan diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib serta Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan isteri Datin Amar Dato Juma’ani Tuanku Bujang.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pegawai seranta Dewan Bandaraya Kuching Utara ( DBKU), Fleming Michael di talian 012-7760911 atau Naimah Ghazali (0112511272­0).

 ??  ?? UNTUK KEBAJIKAN: Thong (berdiri sembilan kanan) menyampaik­an cek bernilai RM1,000 kepada Chiam untuk kegunaan PDK PIBAKIS sambil disaksikan yang lain semalam.
UNTUK KEBAJIKAN: Thong (berdiri sembilan kanan) menyampaik­an cek bernilai RM1,000 kepada Chiam untuk kegunaan PDK PIBAKIS sambil disaksikan yang lain semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia