Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya calon berpotensi tunggal daripada UPP

Penyenarai­an lebih daripada seorang calon berpotensi untuk PRU tunjuk parti tidak bersatu: Andrew

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Parti Rakyat Bersatu (UPP) tidak akan menamakan lebih daripada seorang calon berpotensi bagi sesuatu kawasan Parlimen untuk dipilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Calon berpotensi UPP bagi Parlimen Sibu Datuk Andrew Wong berkata, ini bagi menunjukka­n UPP adalah sebuah parti bersatu.

“Kita ingin menunjukka­n kepada penduduk Sibu dan pemimpin Barisan Nasional (BN) bahawa UPP sebuah parti bersatu kerana kita cuma ada seorang calon berpotensi untuk satu kawasan.

“Kita tidak boleh ada dua, tiga atau empat orang calon berpotensi satu kawasan. Jika itu berlaku, ini menunjukka­n parti kita tidak bersatu,” ujarnya kepada pemberita.

Andrew yang juga Pengerusi Lembaga Perkhidmat­an

Kita ingin menunjukka­n kepada penduduk Sibu dan pemimpin Barisan Nasional (BN) bahawa UPP sebuah parti bersatu kerana kita cuma ada seorang calon berpotensi untuk satu kawasan. Datuk Andrew Wong Calon berpotensi UPP bagi Parlimen Sibu

Komuniti UPP Sibu berkata, adalah sukar pemimpin parti membuat keputusan ketika perbincang­an, lebih- lebih lagi menentukan calon yang berpotensi.

Namun, oleh kerana semua pemimpin lebih mengutamak­an kepentinga­n parti, persetujua­n dicapai dan beliau dinamakan sebagai calon berpotensi Parlimen Sibu dan Andrew Ting bagi Lanang.

“Terima kasih kepada pemimpin parti kerana percaya kepada saya dan Andrew (Ting) sebagai calon berpotensi untuk Parlimen Sibu dan Lanang,” jelasnya.

Menyentuh mengenai Rancangan Sibu Pertama (RS1), Andrew memberitah­u tiga bidang utama iaitu pelanconga­n, pertanian dan e-dagang dilihat memberi peluang besar kepada generasi muda di sini.

“Jika generasi muda mahu mencari peluang di sini kita bergantung kepada tiga industri atau bidang iaitu pelanconga­n, pertanian dan e-dagang.

“Untuk bidang pertanian, UPP memohon tanah seluas 10,000 ekar daripada kerajaan negeri di Hab Halal Tanjung Manis.

“Kita menggalakk­an orang ramai terutama golongan muda menjadi usahawan tani atau menceburi bidang pertanian sebagai kerjaya,” ujar beliau.

Andrew memberitah­u, sekiranya pemimpin BN pusat dan negeri mempertimb­ang untuk memberi peluang kepada beliau dan Ting, beliau berjanji RS1 akan dilaksanak­an dengan jayanya.

“Selepas itu ada Rancangan Sibu Kedua (RS2),” katanya sambil memberitah­u RS1 merupakan rancangan pembanguna­n lima tahun Sibu bermula 2018 hingga 2022.

 ??  ?? TAKLIMAT: Andrew (hadapan enam kanan) bersama ahli Jawatankua­sa UPP Bumiputera Bawang Assan selepas mendengar taklimat mengenai Rancangan Sibu, petang kelmarin.
TAKLIMAT: Andrew (hadapan enam kanan) bersama ahli Jawatankua­sa UPP Bumiputera Bawang Assan selepas mendengar taklimat mengenai Rancangan Sibu, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia