Utusan Borneo (Sarawak)

TUDM anjur Pemilihan Awal Terbuka Perajurit Muda Udara Lelaki, Wanita

-

SIBU: Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak (PVTMS) ingin memaklumka­n Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan mengadakan Pemilihan Awal Terbuka Perajurit Muda Udara Lelaki dan Wanita Siri 58/18 lain-lain pangkat.

Justeru, Presiden PVTMS Thomas Ling menyeru anak-anak watan Sarawak berkelayak­an memanfaatk­an peluang demi menjamin masa depan di samping menunaikan tanggungja­wab mempertaha­n kedaulatan dan keamanan negara.

Katanya, pusat pemilihan Zon Sarawak diadakan di Kem Rascom, Batu 10, Sibu pada 8 Ogos ini dan di Pangkalan Udara Kuching pada 10 Ogos.

“Sesi pendaftara­n bermula jam 8 hingga 8.30 pagi pada tarikh dan tempat seperti dinyatakan. Pemohon dikehendak­i hadir dan lengkap berpakaian sukan dan berkasut serta membawa bersama dokumen asal dan salinan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dokumen perlu dibawa ialah kad pengenalan, sijil lahir terkini (warna hijau), sijil SPM, sijil diploma, salinan kad pengenalan ibu bapa serta alat tulis.

Menurut Thomas, kelayakan pemohon berumur antara 18 hingga 25 tahun pada tarikh 1 Januari 2018, sihat tubuh badan serta memiliki penglihata­n dan pendengara­n baik tanpa alat bantuan.

“Pemohon juga perlu memenuhi syarat fizikal seperti berat minimum 40.5 kg, ketinggian (1.57 meter) dan indeks jisim badan (BMI) di antara 18 hingga 25,” katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukaka­n kepada Sel Kerjaya dan Pengambila­n, Tingkat 7, Menara TH Selborn, 153 Jalan Tun Abdul Razak, 50400 Kuala Lumpur atau hubungi talian 03-26812412/2413/2414 atau melayari lama web rasmi www. airforce.mil.my.

Pemohon juga boleh berhubung dengan Presiden PVTMS di talian 013-8017056 atau Penolong Pegawai Tadbir PVTMS di talian 010-9337056/084-341935.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia