Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan pembinaan Kolej Vokasional Semporna dibawa ke EPU

-

SEMPORNA: Cadangan pembinaan Kolej Vokasional di daerah ini akan dibawa kepada pengetahua­n Unit Perancang Ekonomi (EPU), kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata cadangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang Datuk Seri Nasir Tun Sakaran itu akan disediakan dalam bentuk kertas cadangan sebelum menyerahka­n kepada EPU untuk tindakan lanjut.

“Pembinaan kolej vokasional itu juga perlu diperhalus­i dengan menyediaka­n kursus yang bersesuaia­n un- tuk belia seperti kurikulum melibatkan industri pelanconga­n yang saya lihat mempunyai masa depan baik di Semporna dan dekat dengan masyarakat tempatan,” katanya ketika berucap merasmikan Persidanga­n UMNO Bahagian Semporna di sini, semalam.

Turut hadir Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Ramlee Marahaban dan Nasir yang juga Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna.

Ketika ditemui pemberita, Mahdzir yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata tender pembinaan Sekolah Menengah Kebang- saan (SMK) Kabogan akan dibuka pada September ini dengan kos bernilai kirakira RM38 juta.

Ketika ini, pelajar SMK Kabogan menumpang di kelas-kelas Sekolah Kebangsaan (SK) Kabogan dan sebelum ini permohonan pembinaan sekolah menengah itu tertunda.

Sementara itu, beliau yang prihatin dengan situasi kepadatan pelajar di SMK Bum Bum ketika ini menyaranka­n agar 600 daripada 2,000 pelajar sekolah itu dipindahka­n ke sekolah berpusat yang turut terletak di Pulau Bum Bum di sini.

“Ini untuk keselesaan para pelajar di SMK Bum Bum memandangk­an sekolah berpusat ketika ini boleh menampung sehingga 800 pelajar dan sekolah itu hanya mempunyai 200 pelajar sahaja ketika ini,” katanya.

Menurutnya, kerajaan sentiasa memikirkan cara agar semua pelajar di luar bandar turut mendapat manfaat kemudahan dan keselesaan pendidikan yang sama dengan di bandar.

Selain menghadiri persidanga­n UMNO, beliau turut meluangkan masa bersama warga pendidik di daerah Semporna dalam program amanat menteri pendidikan. — Bernama

 ??  ?? PENGSAN: Mangsa pengsan dibawa menggunaka­n ambulans APM ke hospital.
PENGSAN: Mangsa pengsan dibawa menggunaka­n ambulans APM ke hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia