Utusan Borneo (Sarawak)

50 juta kunjungi UTC seluruh negara sejak 2012

UTC sediakan pelbagai perkhidmat­an agensi kerajaan dalam satu bumbung bagi kemudahan rakyat

-

KUALA TERENGGANU: Pusat Transforma­si Bandar (UTC) yang menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an agensi kerajaan dalam satu bumbung bagi kemudahan rakyat telah dikunjungi lebih 50 juta rakyat ini sejak ia dilancarka­n pada tahun 2012.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata kini terdapat 18 UTC di setiap negeri kecuali Selangor dan Pulau Pinang, manakala UTC di negeri Perlis dan Negeri Sembilan berada dalam fasa akhir pelancaran­nya.

“Kita akan usahakan agar semua negeri akan mempunyai UTC masing-masing menjelang akhir tahun ini memandangk­an ia menda- pat sambutan yang menggalakk­an daripada rakyat, tidak kira waktu bekerja atau hujung minggu, saya lihat ia sentiasa dipenuhi pengunjung.

Untuk negeri Terengganu, kita jangkakan akan ada lagi sebuah UTC di bandar kedua terbesar selepas Kuala Terengganu bagi menampung jumlah pengunjung yang kini semakin ramai menggunaka­n perkhidmat­an agensi kerajaan di UTC di negeri ini.

Namun itu semua bergantung kepada keadaan bangunan yang sesuai kerana konsep UTC mestilah ia dibuat di bangunan yang sedia ada, kos penyelengg­araan yang berpatutan dan terletak di kawasan yang strategik, iaitu di tengah-tengah bandar, bagi kemudahan untuk raky- at datang ke situ,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja sehari ke UTC, bangunan Paya Bunga Square, di sini semalam.

Mohd Irwan dalam pada itu berkata kejayaan kerajaan mewujudkan UTC dalam menyediaka­n perkhidmat­an kepada rakyat telah menarik perhatian negara-negara luar seperti Lesotho, Bahrain dan negara jiran Indonesia yang berminat untuk mewujudkan perkhidmat­an serupa di negara masing-masing.

“Malah baru-baru ini, UTC telah mendapat pengiktira­fan daripada pihak Bank Dunia (World Bank) sebagai satu daripada pusat sehenti perkhidmat­an kerajaan terbaik di negara membangun kerana mempunyai pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang diletakkan di bawah satu bumbung,” katanya.

Mohd Irwan kemudianny­a turut melawat ke tapak cadangan lokasi pembinaan rumah My Beautiful New Home (MyBNHome) di Kampung Mak Kemas, Marang.

Program MyBNHome itu merupakan satu projek usaha sama Kementeria­n Kewangan, Kementeria­n Pendidikan Tinggi dan kerajaan negeri bagi penyediaan rumah kepada golongan B40 iaitu yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,900 sebulan.

“Kos bagi setiap rumah di bawah program ini adalah bernilai RM40,000 di mana pihak kerajaan membiayai separuh atau RM20,000 dan bakal pembeli akan membuat pinjaman kepada Bank Simpanan Nasional sebanyak RM20,000 lagi.

Projek ini telah siap dilaksanak­an di Perak melibatkan 50 unit rumah di Batu 10, Lekir, Manjung. Selain Terengganu, projek ini dirancang dilaksanak­an di Negeri Sembilan, Melaka, Kedah dan Pahang,” katanya. — Bernama

Malah baru-baru ini, UTC telah mendapat pengiktira­fan daripada pihak Bank Dunia ( World Bank) sebagai satu daripada pusat sehenti perkhidmat­an kerajaan terbaik di negara membangun kerana mempunyai pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang diletakkan di bawah satu bumbung. Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah Ketua Setiausaha Perbendaha­raan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia