Utusan Borneo (Sarawak)

LKIM sambut baik ikan kembung dikategori­kan barang kawalan

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ( LKIM) menyambut baik pertimbang­an kerajaan untuk menetapkan harga runcit bagi ikan kembung sekali gus menjadikan­nya barang kawalan.

Pengerusin­ya Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata langkah itu dapat membendung spekulasi yang dimainkan ‘ orang tengah’ sehingga menyebabka­n harga ikan kegemaran rakyat Malaysia itu terus meningkat secara tidak munasabah.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainudin kelmarin yang kerajaan sedang mengkaji kemungkina­n menetapkan harga runcit ikan kembung di dalam pasaran negara.

Hamzah berkata perkara itu masih di peringkat perbincang­an kerana ia perlu mengambil kira pelbagai faktor termasuk memastikan bekalan ikan kembung sentiasa mencukupi sepanjang tahun.

Bagi membendung kekurangan bekalan ikan kembung terutama pada musing tengkujuh dan musim perayaan, Irmohizam berkata LKIM telah mengambil langkah menyekat eksport ikan tersebut selain mengimport­nya melalui Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT).

Langkah proaktif juga diambil LKIM dengan membeli lambakan ikan kembung untuk dijadikan stok simpanan sejuk beku yang diedarkan oleh NEKMAT, Persatuan Nelayan Negeri Kedah ( NEKAD) dan Persatuan Nelayan Kawasan ( PNK) Besut mengikut kawasan.

Beliau juga menggalakk­an orang ramai memilih ikan kembung sejuk beku keluaran LKIM iaitu Q’Fish yang dijual pada harga RM10 sekilogram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia