Utusan Borneo (Sarawak)

Anak muda harus ada semangat Pendeta Za’ba: Mohamad

-

NILAI: Semangat Pendeta Za’ba harus ditiupkan khususnya dalam kalangan anak muda di Negeri Sembilan sebagai usaha melahirkan lebih ramai para ilmuan dan golongan cerdik pandai kelahiran negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ia juga selari dengan hasrat kerajaan Negeri Sembilan untuk menjadikan negeri ini sebagai lembah ilmu termasuk meneruskan kecemerlan­gannya dalam bidang pendidikan.

“Negeri ini walaupun saiznya tidak besar tetapi boleh dijadikan sebagai tempat menjana dan melahirkan ramai cerdik pandai dan para ilmuan dengan kewujudan pelbagai institusi pendidikan termasuk institusi melatih dan melahirkan pemimpin di peringkat perguruan dan pendidikan tinggi.

“Hasrat saya supaya lahirlah seramai mungkin pendeta Za’ba zaman moden yang dapat memberi sumbangan dalam bidang keilmuan kepada masyarakat,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Institut Kepimpinan dan Pembanguna­n (ILD) Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, semalam.

Mohamad berkata ilmu sangat penting untuk membolehka­n rakyat terus menerokai dunia dan bersaing dalam arus dunia tanpa sempadan iaitu zaman globalisas­i agar tidak tercicir.

“Golongan pemimpin mesti pelajari ilmu-ilmu semasa untuk kita curahkan ilmu ini kepada anak-anak didik, jadi di sinilah ILD memainkan peranannya dalam membangunk­an sumber manusia yang lebih cemerlang dan menyediaka­n pegawai-pegawai muda yang bersedia memegang kepercayaa­n yang bakal dipikul mereka.

“Kalau tidak ada institusi sebegini maka akan pincanglah dan kita akan berada dalam keadaan tercicir. Apatah lagi nanti kalau kita sebut tentang Greater ASEAN Country dalam bidang pendidikan dengan jumlah populasi lebih 600 juta orang, kita bukan lagi bersaIng sesama sendiri tetapi bersaing dengan anak-anak Singapura, Thailand, Filipina dan sebagainya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia