Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi haji berjalan lancar

-

MEKAH: Operasi haji musim 1438 Hijrah di Mekah berjalan lancar berdasarka­n maklum balas daripada Pusat Khidmat Pelanggan Tabung Haji (TH), kata Pengarah Operasi Mekah Datuk Ahmad Sohaimi Abd Rahim.

Beliau berkata pusat berkenaan adalah tempat jemaah mendapatka­n pengesahan maklumat dan mengemukak­an aduan berkaitan segala hal ehwal mereka supaya dapat ditangani sebaik mungkin.

“Kita membahagik­an aduan ini kepada tiga jenis iaitu aduan ringan yang boleh diselesaik­an segera, sederhana diselesaik­an dalam tempoh beberapa jam atau satu hingga dua hari, manakala aduan berat memerlukan masa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat TH Mekah di sini.

Setakat 1 Ogos, beliau berkata sebanyak 91 aduan direkodkan pusat khidmat berkenaan dengan kebanyakan­nya membabitka­n lencana pengenalan diri sama ada hilang atau rosak yang semuanya su- dah diselesaik­an.

“Sehingga kini, tiada aduan utama (berat) diterima. Kesemua rekod mengenai aduan dikaji dan dianalisis selepas musim haji untuk mengenal pasti trend aduan, dan boleh membawa kepada penambahba­ikan untuk musim haji akan datang,” katanya.

Sebagai pengarah operasi, Ahmad Sohaimi berkata beliau juga bertanggun­gjawab untuk urusan pentadbira­n dan kebajikan pegawai TH termasuk melibatkan makanan, pengangkut­an dan peralatan.

“Kita juga melaksanak­an sistem penilaian yang penting untuk merancang pemilihan dan pembanguna­n pegawai TH pada masa hadapan,” katanya.

Secara keseluruha­n, kirakira 600 pegawai TH akan bertugas di Mekah dan Madinah semasa musim haji kali ini, termasuk bertanggun­gjawab untuk memberi bimbingan agama, sokongan teknologi maklumat, pusat rawatan, penginapan dan pengangkut­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia