Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan sentiasa komited transforma­si luar bandar

Pelan pembanguna­n akan membawa perubahan drastik kepada masyarakat dalam pelbagai aspek

- Oleh Kepu Sidi

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Mohd Chee Kadir menyifatka­n, pelan pembanguna­n transforma­si luar bandar digiat kerajaan masa kini bakal memberikan perubahan drastik kepada masyarakat luar bandar dalam segala aspek.

Katanya, ia juga akan membawa masyarakat luar bandar bergerak keluar daripada belenggu kemiskinan di samping berpeluang bersaing merebut segala peluang ada berkembang serta memajukan diri.

“Jika kita melihat masa kini, kerajaan memantap pembanguna­n luar bandar dalam melaksana pelbagai aktiviti pembanguna­n seperti mengemas kini termasuk menaik taraf sistem infrastruk­tur merangkumi ke-

Jika ada kelewatan ia tidak bermakna kerajaan mengabaika­n kebajikan penduduk di kawasan terlibat.

mudahan bekalan air bersih, bekalan elektrik, pembinaan jalan raya serta perkaraper­kara lain,” katanya.

Jelasnya, semuanya membuktika­n kesungguha­n kerajaan untuk membangunk­an kawasan juga masyarakat luar bandar menikmat hasil sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada selama ini.

Mohd Chee berkata demikian dalam siri lawatannya ke Kampung Emplam dan Sekolah Kebangsaan ( SK) Kampung Emplam, dekat sini, kelmarin.

Hadir sama pada program tersebut Pegawai Daerah Kabong, Kamaludin Alkap.

Menurut Mohd Chee, kerajaan tidak pernah mengabaika­n masalah dihadapi penduduk di situ dan sentiasa mencari jalan bagi membantu penduduk.

Begitupun jelasnya, kerajaan terpaksa melalui beberapa proses yang akan mengambil sedikit masa untuk melaksanak­annya.

“Sekarang ini peruntukan sudah ada dan hanya menunggu proses pelaksanaa­n semua tujuan itu.

“Pembanguna­n terpaksa dilakukan secara berperingk­at- peringkat memandangk­an DUN Kabong banyak tempat perlu diberi perhatian.

“Jika ada kelewatan ia tidak bermakna kerajaan mengabaika­n kebajikan penduduk di kawasan terlibat,” ujarnya lagi.

Pada majis itu, Mohd Chee turut mengumumka­n peruntukan berjumlah RM1,150,000 kepada penduduk Kampung Emplam bagi aktiviti pembanguna­n di kawasan terbabit.

Peruntukan terbabit disalurkan dengan tujuan membina benteng keliling kawasan SK Kampung Emplam sebanyak RM200,000, untuk membina parit padang sekolah sebanyak RM200,000, RM200,000 lagi untuk tapak dewan dan RM350,000 lagi adalah untuk membina sebuah dewan di situ, manakala selebihnya sebanyak RM200,000 adalah untuk menaik taraf jalan raya kampung berkenaan.

Mohd Chee Kadir ADUN Kabong

 ??  ?? BANTUAN: plam. Mohd Chee (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan kepada penduduk Kampung Em-
BANTUAN: plam. Mohd Chee (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan kepada penduduk Kampung Em-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia