Utusan Borneo (Sarawak)

SIDF 2017 tarik penyertaan 17 kumpulan penari dunia

-

SIBU: Festival Tarian Antarabang­sa Sibu (SIDF) 2017 yang akan berlangsun­g selama lima hari (29 Ogos hingga 2 September) di sini berjaya menarik penyertaan seramai 17 kumpulan penari serata dunia yang bakal mengetenga­hkan keunikan kepelbagai­an seni tarian masing-masing.

Edisi keenam SIDF 2017 anjuran Sibu Hornland Dance Theatre dengan sokongan Majlis Perbandara­n Sibu itu menyaksika­n penyertaan kumpulan tarian dari China, Brazil, Indonesia, India, Mexico, Filipina, Singapura, Sepanyol, Sri Langka, Taiwan, USA dan Malaysia.

Kumpulan tarian terlibat adalah Guangdong Modern Dance Company ( China), Bombelela Dance Company ( Brazil), Grisadha Sanata Dharma University (Indonesia), Bawika (Indonesia), Loka Art Studio (Indonesia), Sakhi ( India), Madhumita Raut Odissi Dance Group (India), Tranze Produccion­es ( Mexico) dan Team Vibe Worldwide (Filipina).

Turut mengambil bahagian ialah National University of Singapore Dance Synergy (Singapore), ZukDance Company ( Sepanyol), Vinyasa Academy of Fine Arts (Sri Langka), Juedai Contem[orary Jazz Dance Theatre (Taiwan), Solar Site Dance Theatre (Taiwan), Cohan/Suzeau Dance Company (USA), Ocampo Wang Dance ( USA) dan Hornland Dance Theatre (Malaysia).

Pengarah SIDF Chen Ing Kuan berkata sebanyak lapan kumpulan pernah menyertai SIDF sebelum ini telah meng- hantar penyertaan mereka untuk tahun ini.

Bagaimanap­un katanya, hanya enam daripada lapan kumpulan itu yang diterima.

“Ini menjadi suatu petanda sangat bagus untuk kita membuktika­n penganjura­n SIDF sesuatu yang menarik perhatian mereka.

“Malah, salah satu kumpulan dari USA iaitu Cohan Cohan/Suzeau Dance Company mengambil bahagian untuk kali ketiga menyertai SIDF,” katanya pada sidang media di sini, kelmarin.

Beliau menambah, tahun ini juga SIDF berjaya menarik perhatian kumpulan dari negara Latin seperti Mexico dan Brazil.

Berhubung acara program, Chen berkata, pada majlis menyambut ketibaan peserta akan diadakan pada malam 29 Ogos bertempat di Hotel RH.

Pada 31 Ogos hingga 1 September, seminar tarian akan diadakan di UpStairs Coffe dari jam 9.30 pagi hingga 11.30, manakala bengkel tarian akan diadakan di Hotel RH dari jam 2 petang hingga 4 petang, bermula 30 Ogos hingga 2 September.

Harga tiket untuk bengkel dan seminar tarian ini adalah RM10 untuk satu sesi, manakala RM35 untuk semua sesi.

Untuk kedua-dua aktiviti ini, Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Rogayah Jamain merangkap pengerusi jawatankua­sa penganjur Tahun Melawat Sibu (TMS) 2017 menggesa orang ramai supaya mengambil bahagian terutama kepada yang meminati seni tarian.

“Menerusi bengkel ini, mereka berkecimpu­ng dalam bidang tarian dapat menambah serta memperbaik­i kualiti tarian kerana bengkel ini dikendali peserta luar negara,” katanya.

Pengerusi penganjur bersama TMS 2017 Kr Wong Hie Ping turut menggesa orang ramai agar memberi sokongan dan memeriahka­n acara bertaraf antarabang­sa itu.

Sementara itu, pada 31 Ogos, peserta akan melakukan persembaha­n secara terbuka di Taman Gutien dan orang ramai dijemput hadir untuk menyaksika­n persembaha­n yang bakal disajikan secara percuma.

Turut diadakan ialah pameran makanan tradisiona­l tempatan, pertanding­an melukis, parti taman dan sebagainya.

Bagi acara Konsert Tarian yang akan berlangsun­g di Dewan Suarah, bermula 30 Ogos hingga 2 September, dari 7.30 petang hingga 9.30 malam, tiket adalah RM50 untuk tempat duduk VIP, manakala RM25 untuk tempat duduk biasa.

Tiket boleh ditempah secara atas talian dengan melayari laman sesawang www.sidfestiva­l.com atau dapatkan di outlet terpilih iaitu di Rejang Book Store ( 084- 313036), Wen Hua Bookstore (084-333140), Sugarbun Jalan Pedada (084311770), Syarikat Great Wall (084-310481), Yours Stationery (084-330281), Farley Supermarke­t (084-212777/019816 6432), Upstairs Coffee (084-3221668/016-575 2720 dan Payung Café (016 890 6061).

 ??  ?? DATANG BERAMAI-RAMAI: ( Lima dari kiri) Wong dan Rogayah memegang risalah SIDF bersama Chen dan kumpulanny­a Hornland Dance Theatre selepas sidang media, kelmarin.
DATANG BERAMAI-RAMAI: ( Lima dari kiri) Wong dan Rogayah memegang risalah SIDF bersama Chen dan kumpulanny­a Hornland Dance Theatre selepas sidang media, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia