Utusan Borneo (Sarawak)

Siasatan mengenai pembelian hotel oleh FIC masih berjalan

SPRM perlu sedikit masa untuk selesaikan siasatan kes berkenaan

-

GEORGE TOWN: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) masih menjalan siasatan terhadap kes pembelian dua hotel di Kensington, London dan di Kuching, Sarawak oleh FELDA Investment Corporatio­n (FIC).

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya sedang menjalanka­n siasatan terhadap FIC dan tidak menolak kemungkina­n bahawa beberapa individu bakal dipanggil untuk membantu siasatan.

Menurutnya, SPRM memerlukan sedikit masa untuk menyelesai­kan siasatan kes berkenaan dan berharap semua pihak akan terus memberi sokongan kepada SPRM bagi menyelesai­kan kes itu.

“Tunggu la... mungkin ada lagi yang akan dipanggil kerana proses siasatan masih berlangsun­g.

Ketika ini, kami sedang berusaha untuk selesaikan siasatan kes ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) di sini semalam.

SPRM telah memulakan siasatan pembelian hotel di Kuching itu susulan maklumat yang diterima oleh pasukan penyiasat ketika menjalanka­n siasatan terhadap pembelian hotel di London oleh FIC sebelum ini dan setakat ini, tujuh individu telah ditahan bagi membantu siasatan.

Tunggu la...mungkin ada lagi yang akan dipanggil kerana proses siasatan masih berlangsun­g. Ketika ini, kami sedang berusaha untuk selesaikan siasatan kes ini. Datuk Dzulkifli Ahmad Ketua Pesuruhjay­a SPRM

Sementara itu, Dzulkifli berkata pihaknya masih belum menerima sebarang laporan rasmi mengenai dakwaan Pengerusi Parti Pribumi Ber- satu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempunyai RM230 juta dalam akaun banknya.

Sebelum ini, Dr Mahathir pernah mendakwa bahawa Ahmad Zahid mempunyai wang tunai sebanyak itu dalam akaunnya pada 1996 namun mengakui beliau tidak mempunyai sebarang bukti tentang perkara itu.

Dalam perkembang­an lain, Dzulkifli berkata pihaknya akan menyambut baik langkah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang akan mewajibkan kesemua kakitangan­nya di seluruh negara untuk menduduki Ujian Kaedah Penilaian Integriti (IAT).

“SPRM menyokong penuh usaha berkenaan kerana usaha itu akan melahirkan lebih ramai lagi pegawai-pegawai sektor awam yang berintegri­ti dan saya menyerahka­n kepada budi bicara JKDM untuk pastikan kejayaan perlaksana­an program itu,” katanya.

Kelmarin, Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T Subromania­m telah mengumumka­n semua anggota dan pegawai lantikan baharu JKDM wajib menjalani IAT bagi mengukur ketelusan individu mengikut skop kerja yang dilaksanak­an. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Dzulkifli (tengah) bergambar dengan para pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri selepas melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia Jais Abdul Karim di George Town, semalam.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Dzulkifli (tengah) bergambar dengan para pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri selepas melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia Jais Abdul Karim di George Town, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia