Utusan Borneo (Sarawak)

Beberapa individu lagi akan ditahan bantu kongsi gelap

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia ( PDRM) berkemungk­inan akan menahan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan kes enam pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan pada Ahad dan Isnin lepas kerana dipercayai membantu kumpulan kongsi gelap menyeludup dadah masuk ke negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata berdasarka­n kepada siasatan ke atas suspek ditahan, ada kemungkina­n polis akan menahan individu lain termasuk pegawai JKDM.

“Saya tidak menolak, berkemungk­inan ada lagi tangkapan yang akan dibuat.

Bagaimanap­un biarlah polis siasat dahulu kes ini dan mereka yang terlibat tidak akan terlepas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarka­n Sambutan Hari Hijau PDRM 2017 di sini, semalam yang diadakan secara serentak di seluruh negara dan ia merupakan program julung kali diadakan.

Enam pegawai JKDM yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang ditahan polis selepas dipercayai membantu kumpulan kongsi gelap menyeludup dadah masuk ke negara ini.

Menurut laporan akhbar, pegawai- pegawai terbabit juga dipercayai turut melepaskan bahan mentah memproses dadah dan menerima imbuhan daripada kumpulan berkenaan yang aktif dalam penyeludup­an serta pengedaran dadah di negara ini sekurang- kurangnya sejak setahun lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUMI HIJAU: Noor Rashid menanam pokok selepas melancarka­n sambutan Hari Hijau Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2017 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BUMI HIJAU: Noor Rashid menanam pokok selepas melancarka­n sambutan Hari Hijau Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2017 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia