Utusan Borneo (Sarawak)

Perak hantar 450 anggota untuk Sukan SEA KL2017

-

IPOH: Polis Kontinjen Perak menempatka­n sejumlah 450 pegawai dan anggotanya untuk bertugas sepanjang penganjura­n Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang bakal berlangsun­g bulan ini.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata kesemua mereka akan ditugaskan menjaga keselamata­n selain memastikan suasana terkawal sepanjang temasya sukan itu berlangsun­g.

Beliau berkata pegawai dan anggota yang ditugaskan itu terdiri daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Ketenteram­an Awam dan Trafik serta Cawangan Tugas Am.

“Kita akan menambah jumlah pegawai dan anggota jika diperlukan pada bila-bila masa bagi menampung pasu- kan keselamata­n sedia ada,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Sambutan Hari Hijau Polis Diraja Malaysia ( PDRM) peringkat negeri Perak yang disertai kira-kira 200 pegawai dan anggota di kuarters polis Jalan Padang Tembak di sini, semalam.

Sementara itu, Hasnan berkata sebanyak RM814,330 dicatatkan hasil penjimatan kos Polis Kontinjen Perak menerusi inisiatif Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau PDRM pada tahun lepas.

“Polis Kontinjen Perak mengambil inisiatif yang proaktif dan memainkan peranan dalam usaha mengurangk­an penggunaan bahan api seperti petrol dan diesel serta penggunaan utiliti tanpa menganggu tugas dan operasi harian.

“Selain itu, kita juga menggunaka­n produk mesin penyalin yang mesra alam serta kertas dan tisu kitar semula di pejabat pentadbira­n polis bagi mengelakka­n pembaziran seterusnya memulihara alam sekitar,” katanya.

Hasnan berkata inisiatif amalan hijau dilaksanak­an bertujuan meningkatk­an pengetahua­n mahupun kesedaran dalam kalangan warga PDRM mengenai kepentinga­n pemulihara­an alam sekitar untuk kehidupan yang lebih baik dan lestari serta memberi pulangan optimum ke atas peruntukan kewangan yang dibelanjak­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia