Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek kes bunuh dua pengawal keselamata­n ditahan

-

SHAH ALAM: Suspek kes pembunuhan dua pengawal keselamata­n di Jalan Bukit Kuda, Klang, dekat sini, Khamis lalu berjaya ditahan awal pagi semalam di Teluk Intan, Perak.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mazelan Paijan berkata, suspek berusia 30 tahun yang juga rakan sebilik mangsa ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di Hospital Teluk Intan pada jam 1 pagi semalam.

Polis telah ke rumah keluarga suspek di Teluk Intan dan diberitahu oleh ibu suspek bahawa dia berada di Hospital Teluk Intan.

“Ibunya memberitah­u suspek meracau dan mengamuk sejak pulang ke kampung pada Khamis lalu.

“Bertindak atas maklumat berkenaan polis telah ke hospital dan menahan suspek. Suspek bagaimanap­un masih berada di hospital bagi mendapatka­n rawatan dipercayai akibat terlebih dos dadah jenis syabu, “katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mazelan berkata, polis turut menjumpai sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa dan sebuah kereta Proton model Satria Neo dipercayai milik seorang daripada mangsa, Syed Mohd Fazrul Syed Mohd Ridhwan.

Khamis lalu mayat dua pengawal keselamata­n, Wan Amir Hamzah Abu Hassan, 48 dan anak saudaranya Syed Mohd Fazrul, 23, dijumpai dengan kesan tetakan pada seluruh badan. Berdasarka­n keadaan mayat, mangsa dipercayai dibunuh pada 1 Ogos lepas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia