Utusan Borneo (Sarawak)

Ahmad Zahid sedia disiasat SPRM

Berhubung dakwaan Tun Mahathir beliau mempunyai RM230j dalam akaun

-

BALING: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam menyatakan kesediaan disiasat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya beliau mempunyai RM230 juta dalam akaun banknya pada 1996.

Timbalan perdana menteri menyatakan kerelaan hati untuk disiasat SPRM bagi membetulka­n apa yang disifatkan­nya sebagai satu pembohonga­n, namun pada masa sama turut meminta harta bekas perdana menteri dan keluargany­a juga disiasat suruhanjay­a tersebut.

“Saya dengan ini terbuka hati dan menawarkan diri untuk disiasat oleh SPRM demi membetulka­n persepsi dan pembohonga­n yang dilakukan oleh orang itu (Dr Mahathir). Pada masa sama saya minta aset beliau dan keluarga beliau juga disiasat SPRM.

Ini bukan cabaran, cuma minta… baharu namanya telus. Jangan dok tuduh orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Baling di sini semalam. Turut hadir Ketua UMNO bahagian itu merangkap Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Baru- baru ini Dr Mahathir membangkit­kan isu pengisytih­aran harta dibuat

Saya dengan ini terbuka hati dan menawarkan diri untuk disiasat oleh SPRM demi membetulka­n persepsi dan pembohonga­n yang dilakukan oleh orang itu (Dr Mahathir). Pada masa sama saya minta aset beliau dan keluarga beliau juga disiasat SPRM. Ini bukan cabaran, cuma minta… baharu namanya telus. Jangan dok tuduh orang. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

Ahmad Zahid semasa dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO termasuk memiliki RM230 juta dalam akaun banknya. Bagaimanap­un Dr Mahathir menyatakan beliau tidak mempunyai bukti hitam putih berhubung dakwaan itu.

Timbalan perdana menteri menjelaska­n pada masa itu beliau merupakan ahli perniagaan dengan turut menjadi ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat tersenarai awam, pengerusi tiga syarikat tersenarai awam dan pengerusi Bank Simpanan Nasional.

Sementara itu, Ahmad Zahid menyatakan kesanggupa­n membuat sumpah laknat di mana-mana masjid di negara ini sekiranya ada pihak mengatakan beliau berbohong tentang mempunyai rakaman perbualan Dr Mahathir yang cuba menjatuhka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Dr Mahathir juga perlu sanggup membuat sumpah laknat berhubung tuduhan dilemparka­n terhadap dirinya. “Kalau sumpah laknat saya sanggup buat, beliau pun mesti juga sanggup buat (sumpah laknat)… dia (Dr Mahathir) patah balik kata saya (dakwa saya cadangkan untuk jatuhkan Najib),” katanya.

Kelmarin ketika berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun, Ahmad Zahid mendedahka­n bekas presiden UMNO itu sebenarnya dalang di sebalik usaha untuk menyingkir­kan Najib dan beliau memiliki cukup bukti dalam bentuk rakaman. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Ahmad Zahid berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Baling 2017 di Kompleks Rakan Muda Batu 42 Pulai dekat Baling, semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: Ahmad Zahid berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Baling 2017 di Kompleks Rakan Muda Batu 42 Pulai dekat Baling, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia