Utusan Borneo (Sarawak)

Raja Melayu bertanggun­gjawab lindungi rakyat dari perebutan kuasa: Sultan Nazrin

-

PUTRAJAYA: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah raja-raja Melayu berada dalam kedudukan terbaik untuk melindungi kepentinga­n rakyat daripada “hempasan ombak perebutan kuasa” yang dilihat semakin meretakkan perpaduan.

Titah baginda institusi raja adalah penerusan tradisi untuk mengekalka­n identiti negara bangsa, satu lambang kedaulatan – payung mahkota negara. “Ketika warga dilanda hempasan ombak perebutan kuasa yang kelihatan semakin meretakkan perpaduan, barang dijauhkan warga dari menghadapi nasib ‘benang habis, kain tak jadi’, ‘jarum patah, baju tak siap’.

“Duli- Duli Yang Maha Mulia Raja- Raja Melayu berada dalam sebaik- baik kedudukan untuk melindungi kepentinga­n warga,” titah baginda pada Konvensyen Memperkuku­h Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat di sini hari ini.

Dalam titah selama satu jam 45 minit di hadapan 500 hadirin, Sultan Nazrin bertitah raja pemerintah mempunyai tanggungja­wab memastikan semangat perlembaga­an, falsafah di sebalik setiap undang-undang yang digubal serta kepentinga­n lebih besar negara dan warga sentiasa dilindungi.

Titahnya perkara-perkara asas, terutama yang menyentuh Islam dan Melayu yang dipersetuj­ui ketika penggubala­n perlembaga­an merdeka, tidak harus diperdagan­gkan untuk tujuan meraih keuntungan politik jangka pendek.

Prinsip-prinsip asas itu titah baginda tidak wajar dikorbanka­n demi kepentinga­n untuk mengutamak­an atau melindungi mana-mana pihak, baik organisasi mahupun individu. “Prinsip-prinsip asas, terutama menyentuh Islam dan Melayu tidak boleh sama sekali dikompromi­kan.

“Walau apa sekalipun alasan, walau apa muslihatny­a, matlamat jangka pendek oleh mana-mana pihak, jangan sampai ke peringkat menggadaik­an nasib ummah di hari ini dan di hari muka.

Ummah wajib berdiri teguh – berpendiri­an tegas, tidak berundur, walau setapak sekalipun,” titah baginda.

Sultan Nazrin Shah bertitah adalah menjadi tanggungja­wab raja memerhati, mengawasi dan memiliki kekuatan untuk menegur para pentadbir agar mengurus tadbir negara, melaksanak­an tanggungja­wab secara amanah, telus, ikhlas dan jujur bagi memastikan kestabilan kerajaan, kemakmuran negara dan kesejahter­aan warga.

Titah baginda raja tidak sekadar pelengkap memenuhi adat, negara beraja – rakyat bersultan atau simbol untuk melaksanak­an tugas- tugas keraian semata-mata.

“Raja bukanlah monumen hiasan yang kaku, tanpa nyawa tanpa jiwa. Raja-Raja tidak daripada kalangan insan yang buta penglihata­n, pekak pendengara­n dan bisu pertuturan.

“Segala perkara yang berlaku adalah dalam ruang penglihata­n dan pendengara­n rajaraja,” tegas baginda.

Titah baginda, pandangan berterus terang dalam perkaraper­kara berkaitan agama Islam, bahasa kebangsaan, perpaduan warga, kebebasan kehakiman, rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai lagi, tercetus daripada hasrat untuk memastikan negara terus stabil dan aman, warga terus sejahtera dan makmur.

Sultan Nazrin bertitah adalah penting untuk barisan yang dipertangg­ungjawabka­n menasihati raja bersifat ikhlas, arif lagi berilmu, berkata benar, supaya raja tidak dibuai dalam khayalan dan tidak diulit dengan gurindam kepalsuan.

“Pihak- pihak yang memalsukan fakta dan melindungi kebenaran daripada raja pemerintah, derhaka sifatnya,” titah baginda.

Dalam pada itu, Sultan Nazrin bertitah raja dan kerabat diraja tidak terkecuali daripada sasaran lensa dan pena media. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERTITAH: Sultan Nazrin menyampaik­an titah ucapan baginda pada Konvensyen ‘Memperkuku­h Pasak Negara: Ke Arah Wasiat’ Lebih Tersurat di sebuah hotel terkemuka dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama BERTITAH: Sultan Nazrin menyampaik­an titah ucapan baginda pada Konvensyen ‘Memperkuku­h Pasak Negara: Ke Arah Wasiat’ Lebih Tersurat di sebuah hotel terkemuka dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia