Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan setuju tubuhkan Jawatankua­sa Perkasa Mahkamah Syariah: Jamil

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menubuhkan Jawatankua­sa Memperkasa Mahkamah Syariah (JKMMS) bagi tujuan memperkasa­kan sistem perundanga­n Syariah secara keseluruha­n selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata penubuhan jawatankua­sa khas berkenaan dipersetuj­ui pada Mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin.

Beliau berkata inisiatif itu membuktika­n komitmen berterusan kerajaan dalam usaha memperkasa­kan Mahkamah Syariah secara holistik demi kepentinga­n umat Islam dan keprihatin­an kerajaan terhadap semua input yang diterima daripada semua pihak.

“JKMMS merupakan satu platform yang berwibawa bagi menambah baik sistem perundanga­n kehakiman syariah sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Jamil Khir berkata beberapa kluster akan diwujudkan di bawah jawatankua­sa ini membincang­kan perkara berkaitan pengharmon­ian antara undang-undang sivil dan syariah; cadangan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355); pengurusan dan penstruktu­ran Mahkamah Syariah; latihan hakim dan pegawai syariah; pendidikan undangunda­ng syariah; dan hal ehwal berkaitan peguam syari’e.

Beliau berkata jawatankua­sa berkenaana­kandianggo­taiwakil majlis agama Islam negeri-negeri, ahli akademik, wakil Jabatan Peguam Negara dan aktivis masyarakat, mantan pimpinan tertinggi sektor awam serta tokoh-tokoh berwibawa dalam hal perundanga­n di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia