Utusan Borneo (Sarawak)

Annuar tidak berhasrat sambung khidmat sebagai pengerusi MARA

Setelah 6 tahun menyandang jawatan berkenaan, tamat pada 11 Ogos

-

KUALA BERANG: Tan Sri Annuar Musa tidak berhasrat menyambung khidmat sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) selepas empat tahun menyandang jawatan berkenaan yang bakal tamat pada 11 Ogos ini.

Katanya beliau sendiri telah menyerahka­n surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 Ogos lepas memohon pertimbang­an untuk tidak dilantik semula ke jawatan itu.

“Saya fikir masih ramai teman saya yang layak belum merasa untuk memegang jawatan berkenaan dan saya cadangkan ( Najib selaku) presiden UMNO memberi peluang kepada mereka untuk memegang jawatan tersebut.

“Bagi kepada orang lain untuk menyambung legasi ini dan saya bersyukur sepanjang MARA berada di bawah saya, tidak ada sebarang kontrovers­i yang berlaku serta keuntungan MARA meningkat… saya turut pertahanka­n perkara- perkara tertentu walaupun kadangkala saya tidak disukai oleh orang ter- tentu,” katanya.

Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu di sini, kelmarin.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh dilantik sebagai pengerusi MARA pada 19 Julai 2013 dan khidmatnya itu disambung pada 12 Ogos 2015.

Bagaimanap­un, beliau digantung sebagai pengerusi MARA pada 31 Jan lepas susulan isu penajaan UniKL dan dakwaan pelaburan MARA Berhad ke atas pasukan bola sepak Kelantan.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menerima jawatan itu jika dilantik semula, Annuar berkata, “Najib perlu meneliti rekod tugas dilakukann­ya sepanjang menjawat jawatan itu.”

Turut hadir pada persidanga­n itu ialah Ketua Pemuda UMNO Terengganu merangkap Ketua Pemuda Bahagian Hulu Terengganu Johari Abu Bakar, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu Datuk Rozi Mamat, Ketua Wanita UMNO Terengganu merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu Datuk Fatimah Hamat dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu Rozita Ismail. — Bernama

Saya fikir masih ramai teman saya yang layak belum merasa untuk memegang jawatan berkenaan dan saya cadangkan (Najib selaku) presiden UMNO memberi peluang kepada mereka untuk memegang jawatan tersebut. Tan Sri Annuar Musa Ketua Penerangan UMNO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia