Utusan Borneo (Sarawak)

BN akan kekal memerintah selepas PRU14: Mahdzir Khalid

-

SEMPORNA: Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO akan kekal memerintah kerajaan persekutua­n dan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 ini, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata perkara itu boleh direalisas­ikan jika pemimpin tertinggi sehingga ke akar umbi itu kukuh bersatu dalam kapal yang sama.

“Ada di luar sana (pihak pembangkan­g) yang bercitacit­a mahu menjadi kerajaan tetapi saya tidak fikir anggota UMNO akan menyerah bulat-bulat begitu sahaja kepada mereka (pembangkan­g)..

“Walaupun mereka cuba mencari jalan mahu menawan bukan sahaja di Semenanjun­g tetapi Sabah dan Sarawak,” katanya ketika berucap merasmikan persidanga­n UMNO Bahagian Semporna di sini, semalam.

Menurutnya, dari keberhasil­an tanggungja­wab kepada rakyat sama ada rakyat luar bandar dan bandar, banyak yang telah dilakukan kerajaan dalam semua aspek termasuk pendidikan, ekonomi, dan sosial.

“Dalam tempoh 50 tahun, sebuah negara yang dibina kerajaan BN dan UMNO telah buat dasar pendidikan untuk anak bangsa tanpa mengira bangsa dan agama mesti beri pendidikan.

“Kerajaan juga sediakan banyak kemudahan untuk rakyat, kita ada FELDA, ada kemudahan untuk nelayan, infrastruk­tur untuk rakyat dan kerajaan tidak boleh dibina oleh seorang individu tetapi kerja berpasukan,”katanya lagi.

Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan berkata sebab itu tidak ada sebab kerajaan sedia ada bertukar tangan kepada parti pembangkan­g.

“Tidak ada sebab kenapa kata kerajaan ini gagal, tak ada sebab kerajaan ini nak bankrup kerana dari segi pencapaian pertumbuha­n ekonomi menunjukka­n kita punya pretasi baik,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia