Utusan Borneo (Sarawak)

Monaco ‘hantar mesej’ jelas kepada PSG dan Neymar

-

PARIS: Neymar mungkin mendominas­i tajuk berita utama dan memberi harapan baharu kepada Paris SaintGerma­in (PSG) tetapi Monaco menunjukka­n mereka tidak akan menyerahka­n mahkota Ligue 1 mereka dengan mudah apabila mereka menang 3-2 ke atas Toulouse kelmarin.

PSG menjangka Neymar akan membantu mereka untuk mencapai bukan sahaja kejayaan domestik tetapi juga kejayaan di Eropah.

Namun Monaco adalah juara dan membuktika­n dalam perlawanan pembukaan mereka dalam Ligue 1 bahawa mereka akan memberikan cabaran yang menggerunk­an kepada kelab Paris yang kaya-raya itu dengan gol-gol dari Jemerson, Radamel Falcao dan Kamil Glik untuk membolehka­n mereka kembali dua kali selepas ketinggala­n dan merampas tiga mata.

Pasukan tuan rumah tidak menunggu lama untuk mencari rentak apabila Thomas Lemar menyaksika­n rembatanny­a disekat di pinggir kotak penalti sebelum Kylian Mbappe dinafikan dari sudut kecil oleh penjaga gol Alban Lafont.

Bagaimanap­un jaringan tiba pada minit ke-28, dan dengan gaya yang mudah, apabila pemain pertahanan tengah Jemerson menanduk bola tendangan sudut dari Joao Moutinho ke dalam gawang, manakala pertahanan Toulouse hanya mampu melihat bola sahaja.

Namun satu lagi kesilapan berlaku apabila Djibril Sidibe, melepaskan bola dengan mudah kepada Jimmy Durmaz, yang melorongka­n bola kepada Delort yang berpusing dalam kotak penalti dan mere m b a t m a s u k bola ke d a l a m tiang kanan Subasic.

M o n a c o tidak menunggu lama apabila Falcao menjaringk­an gol pada minit ke-58, selepas berjaya menangkis cabaran Francois Moubandje untuk merembat masuk bola hantaran lin- tang Jorge.

Namun sementara Toulouse bertahan dengan kuat kebanyakan waktu, mereka ternyata lemah dalam pertarunga­n di udara dan gol tandukan ketiga dari Gilk meletakkan Monaco di hadapan. — AFP

 ??  ?? JEMERSON
JEMERSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia