Utusan Borneo (Sarawak)

Pengalaman jadi pembakar semangat

1 Divisyen hantar sembilan petinju sertai Kejohanan Tinju Tentera Darat 2017

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Pasukan tinju 1 Divisyen akan menghantar sembilan petinju bagi menyertai Kejohanan Tinju Tentera Darat Malaysia (TDM) 2017 yang bakal berlangsun­g pada 14 hingga 18 Ogos ini di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) Kem Sg Udang, Melaka.

Diketuai ikon tinju negara, Mejar Sapok Biki, pasukan itu telah berlepas ke ibu negara kelmarin dan akan mengadakan latihan dan ‘sparring’ bersama pasukan Sukan SEA negara di MSN Keramat hingga 9 Ogos ini.

Pasukan itu mewakili Sarawak pada Kejohanan Tinju Piala Malaysia di Perak dan berjaya merangkul dua perak dan tiga gangsa.

Pengalaman itu juga akan menjadi pembakar semangat petinju-petinju 1 Divisyen untuk memburu kemenangan pada kejohanan itu nanti.

Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw dalam amanatnya berharap petinju- petinju terpilih akan berjuang habis- habisan dan berusaha sedaya boleh membawa balik piala kejohanan ke Bumi Kenyalang buat julung kalinya. CEMERLANG: Panglima 31 Briged merangkap Pengerusi PCT 1 Div, Brigadier Jeneral Datuk Fadzil Tajuddin (empat kanan) bersama petinju 1Div menyertai Kejohanan Tinju Mayor Cup di Sabah.

Mereka ini bukan sahaja membawa nama 1 Divisyen malah juga membawa nama Sarawak secara amnya memandangk­an formasi 1 Div adalah merupakan formasi tentera darat yang berpangkal­an dan mempertaha­n keseluruha­n Bumi Kenyalang ini. Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw Panglima 1 Divisyen

“Mereka ini bukan sahaja membawa nama 1 Divisyen malah juga membawa nama Sarawak secara amnya memandangk­an formasi 1 Div adalah merupakan formasi tentera darat yang berpangkal­an dan mempertaha­n keseluruha­n Bumi Kenyalang ini.

“Dengan semangat Agi Idup Agi Ngelaban, saya optimis misi ini mampu dicapai,” katanya.

Kejohanan Tinju TDM 2017 menampilka­n 11 pasukan bagi merebut kejuaraan merupakan kejohanan tinju tertinggi peringkat TDM dan berlangsun­g secara dwitahunan.

Sementara itu, pasukan 1Divisyen turut menghantar pasukan pelapis dan remaja pada Kejohanan Tinju Mayor Cup diadakan di Dewan Masyarakat Damai, Kota Kinabalu berakhir pada 6 Ogos ini.

Kejohanan menampilka­n sebanyak 13 pasukan terdiri kelab- kelab tinju seluruh Sabah dan ‘task force 450’ berpangkal­an di Kem Lok Kawi Sabah menjadi arena bagi petinju 1 Div menimba pengalaman sebelum menghadapi Kejohanan Golden Glove Kebangsaan pada November ini di Sibu, Sarawak.

 ??  ??
 ??  ?? BERMULA: Timbalan Residen Sibu, Wong Hee Sieng (kiri) dan Pengurus Jualan LSC Sibu, Chew Kam Chiong (kanan) bersama jawatankua­sa pertanding­an pada majlis penyerahan tajaan.
BERMULA: Timbalan Residen Sibu, Wong Hee Sieng (kiri) dan Pengurus Jualan LSC Sibu, Chew Kam Chiong (kanan) bersama jawatankua­sa pertanding­an pada majlis penyerahan tajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia