Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan atlet olahraga Sarawak sedia hayun cabaran negara

-

KUCHING: Seramai lapan atlet olahraga Sarawak bersedia menghayunk­an cabaran negara pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur ( KL2017) yang akan berlangsun­g dari 19 hingga 30 Ogos ini.

Mengetuai senarai atlet Sarawak ialah jaguh pecut, Jonathan Nyepa yang akan bertanding dalam acara 100 meter, 200 meter dan 4x100 meter.

Beliau akan dicabar rakan sepasukan, Nixson Kennedy yang turut berentap dalam acara 100 meter dan 4x100 meter.

Atlet lain antaranya Mohd Rizzua (110 meter berpagar), Quek Lee Yong (400 meter berpagar), Jackie Wong (baling tukul besi) Mohamad Arif Zulhilmi (4x400 meter), Abdul Rahman Lee (lempar cakera), Grace Wong (baling tukul besi wanita) dan Norris Foo (4x100 meter simpanan).

Bagi peminat olahraga tempatan, tumpuan pastinya terarah kepada persaingan Jonathan dan raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan apabila kedua- duanya turun beraksi dalam acara 100 meter.

Di atas kertas, Hafiz diletakkan atlet pilihan berdasarka­n prestasi semasa dengan memecah rekod 100 meter dengan catatan 10.18 saat dan 200 meter dengan 20.90 saat.

Namun, kejayaan Jonatahan mencatat 10.28 saat pada Terbuka Korea tidak harus dipandang sepi oleh atlet-atlet lain.

Jika atlet kelahiran Sungai-Asap, Belaga itu dapat mengekalka­n momentum seperti sebelumnya tidak mustahil beliau dapat melakarkan kejutan pada temasya dwitahunan itu nanti.

Selain acara pecut, Sarawak dilihat berpeluang merangkul pingat dalam acara baling menerusi Jackie dan Grace.

P r e s t a s i J a c k i e k i a n meningkat apabila berjaya memperbaha­rui rekod kebangsaan dengan balingan sejauh 64.50 meter. Manakala peluang pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil, Grace, 17, merangkul emas dilihat cerah selepas balingan terbaharun­ya sejauh 60.99 meter berjaya mengatasi rekod pemenang emas edisi lalu dari Thailand, Mingkamon Koophon. Sementara itu, Abdul Rahman yang membuat penampilan pertama pada KL2017 juga berpeluang m e n c i p t a sesuatu untuk kontinjen negara.

 ??  ?? JONATHAN NYEPA KENANGAN:
JONATHAN NYEPA KENANGAN:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia