Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga pemain import Thailand diharap dapat bantu S’wak

-

MIRI: Keputusan membawa masuk tiga pemain import dari Thailand dalam pasukan Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS) diharap dapat membantu Sarawak ke peringkat akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua Menteri 2017 Jemputan Antarabang­sa.

Jurulatihn­ya, Sharkawi Taibi berkata pemain sepak takraw dari Thailand tidak dapat dinafikan kehandalan­nya berikutan mereka merupakan salah satu kuasa besar dalam sukan ini di dunia.

“Kita tidak menafikan kebolehan pemain tempatan namun disebabkan kompetitif kejohanan mereka kurang, jadi mereka tidak terdedah dengan tahap permainan pemain antarabang­sa.

“Sehubungan itu, dengan adanya pemain Thailand dapat dijadikan lonjakan pemain- pemain tempatan melihat bagaimana cara pemain antarabang­sa beraksi,” katanya ditemui di sini kelmarin.

Sharkawi berkata, tidak ada strategi khusus untuk menjuarai kejohanan itu kerana setiap pemain mempunyai skil mereka tersendiri dalam beraksi.

“Sebagai jurulatih saya terapkan asas penting kepada pemain-pemain, skil datang daripada mereka, peranan saya adalah untuk memperhalu­s skil agar mereka menjadi lebih hebat.

“Jangkaan pemain-pemain ke peringkat akhir tidak dapat saya teka kerana setiap regu mempunyai strategi sendiri dan menonjolka­n kehebatan masing-masing,” katanya.

Pada perlawanan kelmarin, dua regu dari Jepun mencuri tumpuan pengunjung apabila bersaing sesama sendiri dalam pusingan kedua kejohanan.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Jepun, Masaru Misawa tidak menjangka bahawa dua regu negaranya iaitu Jepun A dan Jepun B bertemu sesama sendiri dalam perlawanan pusingan kedua.

“Saya mengharapk­an regu negara saya bersaing dengan pasukan dari negara lain, tetapi menerima keputusan ini dengan sebaiknya dan merasakan pasukan Jepun dapat bersaing dengan baik.

“Sebagai pengurus pasukan, saya yakin regu Jepun melayakkan diri ke peringkat akhir melalui cara permainan begitu membanggak­an ditonjol oleh pemain-pemain,” katanya.

Masaru turut berkongsi bahawa sukan sepak takraw di Jepun telah mendapat tempat yang memberangs­angkan dengan populasi 2,000 pemain keseluruha­nnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia