Utusan Borneo (Sarawak)

Ladang riadah pakej terbaharu tarik pelancong Islam ke Taiwan Masjid terbesar lambang kebudayaan unik Taipei, Yilan tawar syurga alam semula jadi

- Oleh Steve Annuar Bahagian III

KENYANG menikmati hidangan sihat sayursayur­an, rombongan dibawa ke kota metropolis Taipei.

Rombongan singgah sebentar ke masjid terbesar Taipei dan berkesempa­tan menunaikan solat Asar.

Terletak di daerah Daan yang merupakan daerah kebudayaan, kediaman, komersial dan pendidikan di Taipei, masjid ini merupakan merupakan struktur Islamik paling penting dan pusat ibadah utama umat Islam di Taiwan.

Solat Jumaat, solat sunat tarawih sepanjang Ramadan, solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan solat jenazah juga dilakukan di sini.

Ia juga merupakan ibu pejabat kepada CMA yang merupakan pertubuhan Islam terbesar di Taiwan.

CMA menganjurk­an aktiviti berkaitan Islam di seluruh Taiwan dan mempunyai reputasi baik dalam kalangan umat Islam di negara itu.

Masjid juga menempatka­n Yayasan Kebudayaan dan Pendidikan Islam Cina. Semasa pembinaann­ya, Taiwan menerima nasihat dan pendapat daripada sekutu Timur Tengah.

Bangunan asal siap pada 1947 sementara bangunan sedia ada sekarang siap pada 1960.

Ia dibina mengikut cadangan bekas Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Ye Gong Chao dan menerusi pembiayaan bersama oleh beberapa negara Islam. Ia direka bentuk oleh arkitek, Yang Chuo Cheng.

Beberapa pemimpin Islam dan pemimpin asing dari seluruh dunia telah menunaikan solat di masjid ini ketika mengunjung­i Taiwan.

Masjid ini melambangk­an mercu tanda kebudayaan unik di Taipei serta menggambar­kan ciri kebudayaan khas dan semangat Islam.

Rekaan luarannya menggabung­kan elemen seni bina sebagai kubah tradisiona­l, deretan tiang dan menara.

Masjid memiliki dewan resepsi, dewan solat, arked sampingan, pejabat, perpustaka­an, tempat berwuduk dan taman.

Pembesaran dewan solat dengan ketinggian dalaman dan lebar 15 meter, mampu menampung jemaah besar sehingga 1,000 orang. Syurga alam semula jadi Yilan

Dari kota raya Taipei, perjalanan diteruskan ke bahagian timur laut menuju daerah Yilan.

Kepada penggemar alam semula jadi, Yilan merupakan destinasi yang harus dilawati

Geografi unik iaitu terletak antara pergununga­n dan laut menjadikan­nya salah satu kawasan paling indah di Taiwan.

Yilan memilki persekitar­an semula jadi, mata air sejuk dan panas, sumber laut yang kaya untuk rekreasi dan pemandanga­n hijau yang luas.

Pelancong juga boleh berkunjung ke pulau Guishan atau pulau Penyu (Turtle Island) yang terletak 10km di lautan pasifik dari bandar Toucheng di Yilan.

Selain aktiviti pantai dan laut yang meriah, pengunjung boleh mengikuti aktiviti melihat ikan paus dan lumba-lumba, mendaki, mengunjung­i pasar malam Luodong dan Yilan yang bukan sahaja menjual pelbagai jenis makanan bahkan pakaian dan kasut.

Tarikan lain ialah taman pokok unik Qilan Sacred Trees Garden yang mempunyai ratusan pokok asli berusia lebih satu milenium.

“Di sini juga terdapat banyak restoran makanan laut. Ada juga aktiviti payung terjun dari kawasan gunung ke pantai. Pantai di sini juga ‘hotspot’ untuk ‘surfing’. Ada ‘hotspring’ Jaio Xi. Ada muzium Lanyang. Bermula April hingga Oktober, pelancong akan melihat ikan lumbalumba dan mengunjung­i Turtle Island. Di Yilan juga terdapat banyak ladang,” jelas Calem.

Sebelum tiba di Yilan, pengunjung akan melalui terowong Hsuehshan iaitu terowong bawah gunung paling panjang di Taiwan di laluan TaipeiYila­n sejauh 12. 9km. Treking sungai dan air terjun

Di Yilan, rombongan dibawa melawat ladang riadah Toucheng yang terletak berhampira­n kawasan pergununga­n.

Seluas 120 hektar, ladang ini amat sesuai untuk bergembira, beraktivit­i, berekreasi dan menikmati juadah tempatan bersama ahli keluarga dan rakan.

Ia bukan hanya tempat untuk berehat, tetapi sekolah menambah ilmu pengetahua­n dari pengalaman yang diperolehi ketika melawat sekitar ladang.

Antaranya, dibawa ke sawah berlumpur untuk merasai sendiri cara tradisiona­l menanam padi.

Pondok tanah lumpur juga dibina berdekatan sawah untuk menghidupk­an suasana kehidupan petani zaman lampau.

Ia merupakan replika kepada pondok petani yang pernah digunakan pada 80 tahun lalu.

Ada juga kerbau air dan aktiviti memberi makan haiwan ternakan ayam belanda, itik, angsa dan arnab.

Ditemani pemandu pelancong, rombongan dibawa trekking ke kawasan air terjun, kawasan bersenam, kawasan aktiviti membuat piza, oven tanah dan kawasan penanaman sayuran.

Rombongan turut diperkenal­kan dengan beberapa spesies serangga antaranya labahlabah dan ulat beluncas rama-rama Rice Paper.

Pada sebelah malamnya, rombongan dan pengunjung lain terlibat dalam aktiviti DIY iaitu membuat dan menerbangk­an tanglung kertas. Buah pir Shanshing

Dari Toucheng, lawatan diteruskan ke sebelah barat Yilan menuju ke kawasan pertanian di Shanshing.

Ketika mengunjung­i kawasan ini, pengunjung boleh melihat sawah padi dan kebun buahan milik persendiri­an.

Rombongan diperkenal­kan dengan pemilik ladang buah pir, Lin Yan Zhen yang mengusahak­an sendiri ladang buah A Zong seluas 0.5 hektar.

Kerana suhu panas mencecah 33 darjah Celsius, semua buah pir dari 150 pokok telah dipetik, dibungkus dan diletakkan di tempat sejuk untuk mengelakka­nnya rosak.

Memetik buah pir merupakan antara aktiviti dalam pakej pelanconga­n ladang riadah yang turut bergantung kepada faktor cuaca untuk dilakukan.

Lin merupakan generasi kedua mengusahak­an ladang pir selepas mengambil alih daripada ayahnya.

Calem berkata, petani muda di Taiwan berkongsi idea dan kepakaran dalam membangun dan memasarkan produk pertanian mereka.

“Mereka akan bekerjasam­a secara kumpulan. Berkongsi kepakaran yang ada pada mereka,” jelas beliau.

Lin memberitah­u, ladang buah pir yang diusahakan selama 25 tahun itu menanam sebanyak tiga jenis buah pir.

Lin menggunaka­n kaedah cantuman ranting buah pir yang diimport dari Jepun untuk membiakkan pokok pir untuk mendapat buah pir bergred tinggi.

Pokok akan mengambil tempoh masa setengah tahun untuk membesar dan Julai merupakan tempoh masa sesuai untuk memetik buah yang masak.

Lin berkata, buah pir beliau mendapat permintaan tinggi di pasaran domestik dan boleh habis dijual dalam tempoh sebulan.

Semuanya dilakukan sendiri dari proses menanam, menjaga, memetik, membungkus dan menjual.

Dilakukan di rumah, Lin turut menjual buah pir dalam botol dan cuka buah pir selain aiskrim plum dan madu.

 ??  ??
 ??  ?? TRADISIONA­L: Pondok petani yang terdapat di Toucheng.
TRADISIONA­L: Pondok petani yang terdapat di Toucheng.
 ??  ?? MESRA MUSLIM: Ketuhar piza halal untuk aktiviti DIY.
MESRA MUSLIM: Ketuhar piza halal untuk aktiviti DIY.
 ??  ?? PANDUAN: Peta aktiviti di ladang Toucheng.
PANDUAN: Peta aktiviti di ladang Toucheng.
 ??  ?? LUAS: Sawah padi di Toucheng.
LUAS: Sawah padi di Toucheng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia