Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak autisme sertai program grafiti bersempena Hari Kebangsaan

-

SEJUMLAH 200 peserta termasuk kanak-kanak autisme dan pengamal media baru-baru ini menyertai program ‘Grafiti Negaraku’ dalam meluahkan rasa cinta kepada negara bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Ketua Pengarah Penerangan Malaysia Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata program anjuran Jabatan Penerangan itu dilihat sebagai platform terbaik dalam menyemarak­kan semangat patriotik di semua peringkat masyarakat menerusi lukisan grafiti.

“Kita mahu semua peringkat masyarakat termasuk anak autisme ini diberi peluang untuk merasai sendiri bagaimana menyambut dan meraikan Bulan Kemerdekaa­n ini, sebab selalunya kita lihat orang ramai sambut (Hari Kebangsaan) di Dataran Merdeka.

“Program ini juga bertujuan mengukuhka­n kerjasama sedia ada antara Jabatan Penerangan dengan pengamal media termasuk daripada media cetak, elektronik dan dalam talian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ‘Graviti Negaraku’ Media Massa Bersama Kanak- Kanak Autisme di Klang.

Turut hadir, Presiden Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) Datuk Megat Ahmad Shahrani Megat Shahruddin.

Menurut Ibrahim, program tahunan berkonsepk­an tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang dianjurkan sejak 2015 itu, turut dilihat mampu memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat termasuk golongan istimewa dengan sokongan daripada media sebagai rakan strategik jabatan itu.

“Ini merupakan program kedua diadakan bersama NASOM, yang membabitka­n golongan anak-anak autisme berusia antara tiga hingga 18 tahun.

“Sebagaiman­a kita sedia maklum, kanakkanak autisme ini mempunyai pelbagai minat termasuk dalam seni dan lukisan...jadi menerusi program ini mereka boleh pamerkan kebolehan mereka sekali gus terlibat secara langsung dalam sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini,” katanya.

Antara agensi media yang terlibat dalam program lukisan grafiti berkonsepk­an ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ itu ialah Kumpulan Karangkraf, Bernama News Channel, New Straits Times, Kosmo, RTM, Selangor FM, Makkal Osai, Malaysia Nanban dan Malaysia Aktif. — Bernama

 ?? —Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Ibrahim (kiri) bersama kanak-kanak autisme tidak melepaskan peluang untuk menyerlahk­an bakat dan kreativiti mereka.
—Gambar Bernama RAMAH MESRA: Ibrahim (kiri) bersama kanak-kanak autisme tidak melepaskan peluang untuk menyerlahk­an bakat dan kreativiti mereka.
 ?? — Gambar Bernama ?? BIJAK: Ibrahim (kiri) melihat kanak-kanak autisme yang menunjukka­n bakat dan kreativiti mereka menerusi program Grafiti Negaraku #Sehati Sejiwa di Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia Cawangan Teluk Pulai dekat Klang.
— Gambar Bernama BIJAK: Ibrahim (kiri) melihat kanak-kanak autisme yang menunjukka­n bakat dan kreativiti mereka menerusi program Grafiti Negaraku #Sehati Sejiwa di Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia Cawangan Teluk Pulai dekat Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia