Utusan Borneo (Sarawak)

Peranan dalam filem ‘Detroit’ bawa Poulter ke ‘tempat menakutkan’

- Oleh Nick Carey

PEGAWAI polis yang rasis dan sadis di tengahteng­ah filem ‘Detroit’ mungkin salah satu watak yang lebih menakutkan dilihat dalam filem pada tahun ini.

Melakonkan watak itu juga sama menakutkan, menurut pelakon Will Poulter.

“Monolog dalaman saya ketika itu agak sukar untuk ditangani,” kata Poulter, 24 tahun, yang berlakon sebagai seorang anggota polis berkulit putih di Detroit yang mencerca, memukul dengan pistol dan memalu sekumpulan lelaki berkulit hitam dan dua wanita berkulit putih dalam satu soal siasat selama berjam-jam sewaktu rusuhan di Detroit pada 1967.

‘Detroit’ arahan Kathryn Bigelow dibuat berdasarka­n satu insiden yang tidak banyak diketahui dan berakhir dengan tindakan polis menembak tiga lelaki berkulit hitam. Pengulas reviu menggambar­kannya sebagai sangat kuat tetapi sakit untuk dilihat.

Watak Poulter, Krauss, adalah komposit bagi beberapa anggota polis sebenar di Detroit yang kemudian dibicara dan dibebaskan daripada sebarang jenayah dalam insiden itu.

Poulter, yang berasal dari Britain, berkata “tiada rasa seronok atau nikmat dalam membawa watak seperti ini kerana dia (Krauss) begitu biadap dan amat kejam”.

Pengkritik filem Deadline.com Pete Hammond menganggap lakonannya sebagai “contoh kejahatan yang unggul”, manakala A.O. Scott dari akhbar New York Times berkata Poulter membawa watak itu sebagai “orang gila yang mentah dan tidak matang”.

Pelakon itu berkata dia terpaksa “memeluk kejahilan” untuk membawa watak pegawai rasis itu.

“Kita perlu meyakinkan diri buat seketika iaitu hanya kerana sebahagian daripada kita adalah kumpulan etnik yang berlainan, orang berkulit hitam adalah ancaman kepada anda, atau mereka sertamerta seorang penjenayah,” katanya.

“Kita tahu bahawa kita tidak membentuk

 ??  ??
 ??  ?? WILL POULTER
WILL POULTER
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia