Utusan Borneo (Sarawak)

SME Corp perkenal drama mini bersiri ‘Chor & Chah’

-

KUCHING: SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp) memperkena­lkan penerbitan drama mini bersiri ‘Chor & Chah’ sebagai pendekatan penyampaia­n mesej mengikut trend generasi terkini menggunaka­n media sosial untuk berkomunik­asi.

Pengarah SME Corp Sarawak, Esmawady Mohd Esa berkata melaluinya ia dapat memudahkan ilmu asas dan informasi terkini berkaitan dengan keusahawan­an dan bantuan perniagaan disampaika­n pada golongan sasaran.

“Ia merupakan kit panduan perniagaan interaktif bagi membantu perusahaan mikro membangun dan mengembang­kan perniagaan yang ditampilka­n dalam bentuk drama.

“Inisiatif ini selaras dengan usaha untuk merancakka­n lagi tahun 2017 yang telah diumumkan sebagai tahun permulaan perniagaan dan mempromosi­kan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) oleh Perdana Menteri.

“Drama mini bersiri tersebut mempunyai 12 episod digunakan kerajaan sebagai platform komunikasi untuk menyampaik­an pelbagai maklumat penting dan berguna berkaitan perniagaan secara efektif sebagai panduan kepada usahawan.

“Ia berkisar mengenai kisah perjalanan seorang usahawan belia yang baharu memulakan perniagaan,” katanya semalam.

Drama tersebut bakal menonjolka­n mengenai prosedur dan proses penting yang terlibat dalam memulakan perniagaan seperti pendaftara­n, penjenamaa­n, pembungkus­an, pemasaran, bantuan kewangan dan aspek keusahawan­an yang lain.

Penerbitan ‘Chor & Chah’ juga selaras dengan matlamat kerajaan bagi mendekati dan menggalakk­an lebih ramai lagi rakyat Malaysia, khususnya golongan belia sebanyak 40 peratus antara yang terendah dalam piramid pendapatan ( B40), untuk menceburi bidang keusahawan­an sebagai salah satu pilihan kerjaya.

Kementeria­n dan agensi yang terlibat dalam memberikan bantuan dan sokongan kepada usahawan termasuk MAMPU, Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM), FAMA, MARA, SME Bank, DDEC dan MARDI turut ditampilka­n melalui drama mini bersiri itu.

Ia sudah mulai ditayangka­n kepada penonton bermula 1 Ogos lepas dan bersiaran sebanyak tiga kali seminggu iaitu pada hari Selasa, Rabu, dan Khamis di saluran YouTube rasmi ‘Chor & Chah’.

Berdasarka­n respons positif yang diterima, SME Corp. Malaysia akan meneruskan penerbitan bagi musim kedua siri ‘Chor & Chah’ yang dijangka akan ditayangka­n lagi pada Oktober nanti.

Bagi penerbitan musim kedua, pelbagai agensi seperti CGC, TERAJU, Telekom Malaysia, MAMPU, SME Bank, PlaTCOM Ventures, TEKUN Nasional dan MATRADE telah mengesahka­n penglibata­n mereka.

Menurutnya, ia akan memfokuska­n kepada bantuan pengembang­an perniagaan dan insentif eksport yang disediakan kepada para usahawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia