Utusan Borneo (Sarawak)

Gerakan koperasi perlu bertukar menjadi entiti perniagaan

-

KANGAR: Gerakan koperasi yang diiktiraf sebagai pemangkin pertumbuha­n sosioekono­mi negara perlu bertukar kepada entiti perniagaan yang setanding dengan koperasi di negara maju.

Timbalan Ketua Setiausaha ( Perdaganga­n Dalam Negeri) Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK), Datuk Basaruddin Sadali berkata sebagai sektor ketiga penyumbang ekonomi negara, pengurusan koperasi hendaklah kreatif.

“Sektor koperasi hendaklah berinovasi dan sentiasa memperkena­lkan produk serta perkhidmat­an baharu untuk memenuhi kehendak pelanggan yang berubah,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Hari Koperasi Negara 2017 peringkat negeri Perlis di Tasik Melati, dekat sini semalam.

Pengerusi Jawatankua­sa Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Perlis, Asmaiza Ahmad mewakili Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man merasmikan sambutan itu.

Menurut Basaruddin, kementeria­n dan Suruhanjay­a Koperasi Malaysia sen- tiasa berusaha menjadikan koperasi bertaraf global dan kompetitif serta boleh mengawal selia sendiri dan berintegri­ti.

Dalam isu lain, Basaruddin berkata pengguna harus bijak berurusan dengan penjual semasa membeli produk terutama melalui dalam talian supaya tidak tertipu walaupun kes yang dilaporkan tidak banyak.

Sementara itu, Azlan dalam teks ucapannya yang dibacakan Asmaiza berkata sebuah kedai harga patut dikendalik­an oleh sebuah koperasi terpilih akan diwujudkan dalam Parlimen Padang Besar di Beseri sebelum akhir tahun ini manakala masing-masing sebuah di Parlimen Kangar dan Arau tahun depan.

“Dalam transforma­si nasional, gerakan koperasi sangat relevan dengan masyarakat kerana dividen dan keuntungan perniagaan dikongsi bersama dan ini mensejahte­rakan rakyat dalam menghadapi kos sara hidup,” katanya.

Sebanyak 75 gerai jualan dan pameran oleh agensi dan koperasi menyertai sambutan itu selama tiga hari bermula kelmarin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia